Tentang

LAMAN BLOG MDRAZALI

Me at Work

Laman ini adalah untuk Travelog Pemilik. Ia memaparkan perjalanan dan lawatan bersama keluarga untuk kenangan bersama.

fb_img_1456566940727

Setiap perjalanan mencipta detik-detik peristiwa yang unik dan personal yang hanya mampu diingati oleh Pemilik Detik berkenaan. Tenggelam dalam peredaran masa, detik-detik tersebut memudar dan lelama boleh menghilang dari ingatan kecuali di renjis semula oleh penunjuk-penunjuk detik.

Blog ini adalah satu dari penunjuk detik untuk menyegarkannya semula detik yang memudar kembali ke lembaran ingatan. Ia juga boleh menjadi penunjuk kepada penziarah untuk sama merasai detik yang berlalu. Walaupun persepsinya mungkin berlainan, sekurang-kurangnya ia mencipta detik persamaan untuk sama-sama dirasai dan bicarakan secara senonoh dan beradap.

Semoga Penunjuk-penunjuk Detik ini mampu menceriakan suasana, menjadi teman ketika keseorangan, penawar ketika gundah, kitab kepada yang mencari dan medan untuk menyapa.

TERIMA KASIH

Ribben of Love

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: