GAMBAR BERCERITA 07 – GADIS DI TEPI BENDANG

Gadis di Tepi Bendang

SENDIRIAN

Mata merenung jauh ke hadapan. Bendang menghijau dengan dedaun padi segar di hadapan memberikan seribu harapan. Anak sungai mengalir perlahan di belakang, berolak dan beralun menyanyikan lagu simfoni senja. Dalam nyanyian alam, alirnya mengairi sawah, membiakkan ikan yang menari-nari berkejaran di celah batu dan lumut rumpai seolah tiada apa yang perlu dirisaukan. Sambil tu tiupan gemalai angin senja meneyelinap di serata badan sambil menyejukkan dan menyaman udara. Pepohon rendang gemalai menari tarian syahdu sambil memayungi sesiapa yang sudi singgah di bawahnya.

Nikmat apakah dari Tuhanmu yang engkau dustakan?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: