CORAT CORET MAJLIS MENGHANTAR FARHANIM

BERLEPAS DAN BERKUMPUL

Mengikut pihak penganjur, tempat berkumpul adalah di Masjid Padang Siam Tanah Merah dan tayar bergolek pukul 11.30pg untuk belarak. Agak melucukan juga kerana dari masjid ke rumah pengantin hanyalah sejauh 100 langkah perjalanan. Apapun kami fahamlah bahawa Majlis belarak nanti akan berlangsung pada pukul 11.30pg dan yang lewat akan ditinggalkan oleh rombongan.

Aku bajet dalam 1 jam untuk ke sana. Jadi kami (aku, In dan Izzah) turun rumah dalam pukul 10.15pg. Tidak aku baca bahawa jalan Kota Bharu – Jambatan Salor akan jam teruk. Paling teruk adalah pada Simpang 4 Jambatan Ibrahim Ali (bukan nama sebenar). Bila memasuki Bulatan bawah jambatan jam sudah menunjukkan pukul 11.00pg dan Waze meramalkan EAT 11.34pg. Dah bergoleklah tayar tu.. Kah,kah,kah..

KESAMPAIAN

Kami sampai pada pukul 11.40pg. Nampaknya rombongan sudah ramai yang sampai kerana banyak kereta yang berkumpul. Kaum lelaki dan wanita tersadai di anjung masjid membawa cerita masing-masing.

Aku keluarkan Sony DSLR aku yang terlupa aku bawa masa majlis di Kemaman minggu lepas. Sebagai kameraman ni aku boleh bergerak bebas dan masuk ke mana sahaja tempat berkumpul. Itulah antara sebab aku suka jadi kameraman, selain dari ianya menjadi hobi sejak dahulu lagi.

Sambil bawa camera dan snap sana sini aku join abang-abang ipar dan anak-anak sedara di satu sudut masjid sambil membawa cerita jenaka mana yang patut. Small talk kata Omputeh. Breaking the ice pun orang kata juga. Let’s talk about the weather kata yang lebih klasik.

Bila Kakak datang, aku pun try some video shot dan ‘Klasik FM tu, pandanglah sini‘. Dia tersengeh dengan sengeh klasiknya tu. Endearing.

CERITA BUBUR ASYURA

Kemudian Abe Ziz keluarkan se bekas bubur asyura. Aku pun mulakan cerita sura pulak. Sura Kelantan tak sama dengan yang di luar. Kita punya lebih manis dan rasa lemak. Har pun menyampuk; memang benar, lagipun kita masukkan daging. Tu yang masak dari pagi hingga petang. Sura Kelate yang paling lama dimasak berbanding dengan sura negeri lain. Min Abe Din hanya tersengih. Aku jolok dia supaya bagi ceramah sedikit tentang asal usul syura ni. Lagi tersengeh dia. Yang paling kuat sengeh adalah Azam Kak Yong. Nampaknya apa saya yang keluar dari mulutku akan disengehnya kaw, kaw. Nak ambil hati pak sedaralah tu.

Datang pulak Lah bercerita tentang masak sura budak-budak asrama Maahad, dari 3pm sampai 2pagi. Itulah hebatnya sura Kelate. Abe Ziz mencelah ada yang campur durian dah. Aku kata tu dah bukan sura lagi. Sambil tu jolok Min semula; Sunnah ke tu Min? Mana ada durian masa atas kapal Nabi Nuh. Bid’ah ni. Ni bukan lagi Hasanah tapi Dholalah dah. Lagilah Azam gelak dan sengeh. Sampuknya tidak.. Tak apalah, moral support kata penyokong.

JEMPUTAN DAN BELARAK

12 tengah hari. Tuan rumah sudah hantar mesej supaya datang. Maka belaraklah kami. Lah yang kepalai rombongan dengan bersalawat. Aku tolong sambut dengan nyaringkan suara sehinggalah agak mengah dan sampai ke ayat-ayat yang kurang aku hafal. Pengantin lelaki sudah menunggu berpayung di hadapan berseragam kuning beserta dengan para panglima dan dayang. Itulah Raja Sehari. Lan, bapa pengantin ke hadapan bersalaman dahulu diiringi dengan pengantin. Kemudian belaraklah mempelai ke Balai Raja Sehari.

Dalam masa berjalan tu Kak Long Ilani menyapa aku dan mula bercerita bahawa mereka datang awal lagi kerana Abang Mad dah tak boleh bawa laju. Kak Long dan Abang Mad ni istimewa orangnya. Merekalah yang selalu merapatkan ukhuwah dengan kami.

Dia pun sakit sana sini dan ni pun mujur dapat datang, katanya lagi.

Aku cakap; kita kena terima keadaan dan bersyukur kerana sudah sampai ke sini juga kita. Memang sudah adat bahawa makin usia meningkat, makinlah masaalah kesihatan melanda. Kita hanya perlu berikhtiar seadanya dan nikmati apa yang ada dengan senang hati. Kalau nak dibandingkan dengan yang sihat, memang terasalah kelemahan kita, tapi kalau berbanding dengan yang sakit, bersyukur sakan dah kita. Jadi terimalah keadaanya dan bergembiralah seadanya.

SAMPAI

Sesampainya, penganjur sudah bacakan SOP kenduri masa PKKP. Ada yang tulis nama ambik suhu kepala dan ada yang masuk terus. Itulah adatnya. Yang penting ada usaha mematuhi SOP.

Aku pun segera masuk Barisan. Masa kenduri kenalah dok dalam barisan dari Luar Pah (PAS) ko dale kata sesetengah orang parti. Nasi Arab lauk gulai kambing. Fuhhh… memang bak kata orang kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Sedikit rasa lapar Nasi Arab Kambing dihidangkan… itu yang Omputeh kata OVERKILL. Aku mencari meja untuk duduk bersama Lan, adik ipar dan Har, anak sedara. Masa tu gantunglah kamera. Datang Lah tolong ambil alih tugas. Alhamdulillah 🥰🥰🥰

Jadi adalah juga gambar aku. Itulah nasib jurugambar; secantik mana foto diambil, dia adalah ghostman yang seolah tidak wujud di dalam majlis. Dan dapatlah foto mesra pengantin di Meja Makan Beradat ni. Terima Kasih Lah. Ustaz adalah terbaik. Kak Long Balqis dan Moknin sangat beruntung. Sama-samalah menjaga hati sanubari masing-masing dan agar kasih-mesra sentiasa berpanjangan. Pandanglah Lihatlah; Tengok sama saya dan pasangan. Biar pasang surut tapi berkepit sokmo.. Agak rimas sesetengah orang menengoknya. SATU PAKEJ kata MokNin. Jangan dipisahkan kami 👍👍👍

Bab makanan yaa…

PicsArt_08-23-12.26.24

SUASANA

Suasana majlis adalah simple tapi mesra. Tuan rumah sangat mesra. Kami rasa selesa. Makanan memang banyak dan pelbagai jenis. Ada laksa/laksam yang nak lari dari nasi. Di sebelahnya pula ada kueh mueh dan Rojak buah / perut. Aku memang minat sangat rojak buah. Ambik satu mangkuk hampir penuh. Pencoleknya amat menyelerakan. Lepas tu pergi bilas dengan air Lai Chi Kang. Fuh sedap sangat. Ramai yang kata LCK pakcik ni memang terbaik. Sudah buat LCK selama 15 tahun, katanya. Itu sebabnya aku nampak kebanyakan orang akan tambah lagi. Abe Min saja sudah 3 kali yang aku nampak. Entah banyak lagi tak tahulah.

SUASANA

Nampaknya semua enjoy sangat makanan yang dihidang. Sambil makan, beramah mesra. Itulah adat kenduri-kendarah Masyarakat melayu. Yang Jauh didekatkan, Yang Dekat dirapatkan, Yang Rapat disatukan.

Dan kameraman kenalah cokek seloro sana sini bagi membangkitkan suasana yang menghasilkan MOMENTS yang ditunggu oleh setiap kameraman agar foto diambil tampak segar, emotif dan tidak hanya sebagai satu ukiran tak bernyawa ala posing-posing.

CikSu sengeh-sengeh malu bila aku tegur kata dia tak banyak foto kerana asyik lari sahaja bila ada orang nak pukul (bukan godam, yaa) gambar.

Dan yang 3 Beradik Kamceng tu memang buat tuntutan nak ada juga foto bersama. Aku kata orang tua kata tak elok foto 3 orang sahaja. Mereka kata itu zaman dulu. Sekarang sudah zaman internet dahh.. Ya tak ya jugak. So foto yang cun kat atas tu adalah rakaman ini. Tapi seempat jugak Mokna pejam ya? Agaknya silauan mata jurukamera ni tak mampu ditahani….Kah,Kah,Kah,.. Gelak Besar…

Masa golongan mak dok asyik memegang dan selesakan anak, tegur gurau sikit agar masa angkat muka tu Foto-genik untuk dirakam.

PicsArt_08-23-12.18.02

Maaflah War kerana termasuk juga sebab pegang baby tuh. War, assistant photographerku harini nampak lari-lari saja agaknya takut diminta bertugas. Tak apa War, suka-suka saja. Bukan tugasan rasmi. Ayoh Li pun semangat harini nak photo hunting.

AIS KRIM ABE MAT

Dan penutup adalah Ais Krim Abe Mat. Nampak berbaris orang mengambilnya. Aku pun cubalah juga. Rupanya memang betul sedap. Rasanya tidaklah manis sangat macam kebanyakan ais krim. Bukanlah aku nak menidakkan mudaratnya kepada warga diabetes ni, tapi memang itulah hakikatnya. Rasanya pun lemak bersusu tak macam kebanyakan yang rasa margerin membuatkan rasa muak. Bila aku tanya samada buat sendiri, dia cakap tidak tapi order dari pembekal.

RIAK PENGANTIN

Dan sebagai seorang yang pandai, sopan, Kakak datang menjenguk kami di kawasan makan sambil beramah mesra. Tapi tak tahulah samada itu pandangan aku saja dari mata yang berlapis ni dengan short/long sighted, Left-Right big difference, astigmatism (silau), aku nampak dia agak gelisah. Sudah tersorok wataknya yang confident, kelakar, sedikit gedik (just right amount) dan poise. Kalini nampak berat, rengek sikit dan kelu-kesah. Agaknya itulah perasaan yang dialami oleh semua kaum Hawa bila dihantar untuk ditinggalkan walaupun dengan teman se hati sejiwa. Teringat aku wajah sugul isteri di jendela Rumah Khatib Ali semasa semua balik dan tinggalkan dia dengan kami.

DSC09941

BERSURAI

DSC09955

1.10tgh Kami bersurai juga meninggalkan yang perlu ditinggalkan, menggosok perut yang kekenyangan, menjilat ais krim Abe Mat (ya… ramai juga yang berjalan balik dengan ais krim di tangan) dan membawa cerita masing-masing. Hebat penangan ais krim Abe Mat ni.

Dan sebagai passing shot sempat merakam foto buah yang sedang ranum di depan Masjid.

Ini bukanlah sebahagian dari Majlis tetapi cuma satu foto menunjukkan Majlis Khatamhe, Khalas, Function Over, Sayonara, Bon Voyage. Dan kami pun baliklah ke destinasi kami seterusnya. Dan itu tidaklah mahu aku sambung dalam Coretan ini.

BYE.

ADIOS.

WASSALAM.

2 thoughts on “CORAT CORET MAJLIS MENGHANTAR FARHANIM

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: