SEKITAR WALIMAH FARHANIM

BUDAYA MELAYU

Alhamdulillah budaya Melayu kaya dengan adat warisan bermasyarakat. Ini amat terserlah semasa kenduri kendarah. Urusan nikah kahwin adalah antara yang paling penting. Untuk urusan ini sahaja terdapat 5 acara; Merisik, Meminang dan Bertunang, Akad Nikah, Walimah dan Sambut Menantu. Setiapnya mempunyai acara masing-masing dan makan-minum adalah perhiasannya.

KENDURI FARHANIM

Farhanim adalah anak perempuan sulong MokNa, adik kepada isteriku. Mereka 3 adik beradik perempuan sangat rapat antara satu sama lain dan selalu bercalling-calling bertanya khabar. Dan anak-anak ku rapat dengan mereka kerana semasa kecil aku tiada masaalah tinggalkan mereka kepada mak-mak sedara mereka ni yang menjaga mereka seperti anak sendiri, malah ada kalanya lebih lagi. Macam tu jugalah arwah kakak ku yang banyak kali melebihkan kami adik-adik melebihi anak sendiri.

Farhanim yang aku sapa sebagai kakak sahaja, mempunyai watak yang manis, lembut, kelakar sehinggalah dia menguatkan suaranya. Kala tu boleh terkezut dibuatnya kerana ia ibarat pegawat kadet mengendalikan kawad. Sorry Kakak kalau baca ni 🤭🤭🤭 Memang anak bapak, bekas pegawai polis yang memang biasa mengendalikan kawad.smartselectimage_2017-09-09-17-05-391495641598973108825.png

Kakak adalah anak sedara yang istimewa buatku. Dia sentiasa menyapaku dahulu ‘Ayoh Li‘ bila bersua dengan senyum manisnya dan akan terus bertanya soalan yang terkini berselit jenaka. Ianya berbeza dengan sesetengah yang memulakan bicara dengan soalan terlalu umum; ‘Ayoh Li sihat? Makan doh? Solat doh? Sampai bila?‘ Itu macam menyapa orang baru kenal. Dan disusuli dengan ‘Rehatlah. Masuk bilik, tidurlah’ Biasanya aku jawab tawar sahaja. Satu keistimewaan Kakak adalah kami mempunyai citarasa stesyen radio yang sama; Klasik FM 😁😁😁

BERTOLAK DARI KB

Kami bertolak dari KB pada pagi Jumaat 14hb, iaitu; sehari sebelum Majlis Walimah yang diadakan di halaman rumah mereka di Kg Mak Chili, Kemaman. Tak tahulah mengapa aku asyik menguap saja ketika memandu. Biasanya taklah begini awal diserang nguapan. Selepas Bandar Jertih aku serahkan stereng kepada anak bongsuku Nur Izzah Hidayah yang kami panggil Adik sahaja.20200814_1106089020589899150274317.jpg

Dari situ dia terus memandu. Pemanduannya tenang dan tidaklah asyik nak tekan accelerator pedal macam aku. Masa masuk Tol aku sedar tapi selepas tu ghaib entak ke mana. Tahu-tahu sudah keluar LPT. Aku tanya dah EXIT Chukai ke? Dia jawab exit Kerteh dan nak ikut Laluan Pantai pula. Ingatkan nak singgah makan di MESRA MALL tapi ia tutup kerana waktu Jumaat. Jadi kami teruskan perjalanan ke hadapan lagi. Kali ini aku ambil stereng semula. Singgah di Meraga untuk Lunch. Sedap makanannya walaupun simple.

Lepas makan kami teruskan perjalanan. Singgah di Masjid Kemaman untuk solat dan sampai di rumah MokNa pada pukul 4.00pm. Persiapan sedang dibuat. Kakak tegurku ‘Ayoh Li’ dengan senyum manisnya, as expected. MokNa dan Lan suaminya nampak gembira kehadiran kami walaupun nampak kesibukan uruskan persiapan. Anak ketiga mereka Shami sudah tinggi menggalah. Itu kerana lama tak jumpa. Dia pun sudah kurang kekok dengan kami tak macam dahulu.

MokNa sudah menjadi catherer membekal makanan untuk majlis-majlis kecil. Walaupun kami sudah kenyang, dia ajak juga makan. Makan simple berlauk ikan kering, ikan goreng dan budu sudah cukup memuaskan. Dan teh MokNa juga Uummph…

Sedang kami duduk di patio bersembang sambil menikmati makanan, terdengar riuh rendah dan suara gelak nyaring yang aku cukup kenal; MokNin. Dia sampai dengan anak-anaknya. Dan sengehnya klise. ‘Abe Li‘ tegurnya ‘dah lama sampai?’ ‘Agak menetuk jugak dohla punggong‘ jawabku. Lama benar dah, maksudnya. Anak-anaknya juga hormat sangat padaku. Angah Ashraf, Anwar, Acik memang amat menyantun bila menegurku. Cuma aku kekadang agak rimas kalau terlalu tunjuk hormat. Aku lebih suka watak yang lebih terbuka tetapi tetap sopan menghormati.

HOMESTAY

6.30pm Sudah lewat petang dan kami beransur dahulu. MokNa telah menempah satu Homestay yang berdekatan untuk kami. Anak-anak kami akan sampai tengah malam nanti. Apapun selepas solat jamak maghrib-isyak kami ke rumah mereka semula kerana itulah tujuan kedatangan kami; untuk memberikan sokongan dan semangat. Dalam suasana meriah dengan adik beradik, serta sepupu-sepupu bagi golongan anak, segala penat lelah akan terasa berbaloi. Itulah hikmahnya kenduri-kendara ni; merapatkan hubungan kekeluargaan. MokNin dan keluarga bermalam di rumah MokNa.

11.00pm Kami balik semula ke Homestay agar tuan rumah boleh berehat untuk hari yang memenatkan esok.

11.45pm Nana dan family sampai dengan wajah gembiranya. Mereka berlepas direct selepas ofis. Ariff nampak sudah almost knocked-out. Aidil dan Aleeya nampak terpinga-pinga dan tidak excited macam biasa bila bertemu. Agaknya kerana suasana yang asing di homestay. Kalau sampai di rumah kami, awal pagi pun berkejar-kejar dengan riang.

12.15pg Kak  Long dan family pulak sampai. Kak Long dari Kuala Kangsar dan berlepas selepas urusan sekolah. Merekalah yang paling jauh datang. Kak Long ni memang kalau urusan keluarga sanggup sahaja datang walaupun dari jauh. 

Fadhil dan Eti juga datang tetapi mereka singgah bermalam di Kuantan dahulu di rumah mertua masing-masing. 

15HB – HARI KENDURI

Pagi-pagi anak-anak cucu-cucu dah bangun. Dan makanan sudah ada di atas meja. Mereka sudah ke kedai membeli nasi dan makanan ringan untuk hidangan pagi. Alhamdulillah. Cucu-cucu pun sudah excited dan menerima persekitaran baru. Apa lagi berlari sakanlah Aidil dan Hannah. Dan aku terkejut kerana pagini mereka main kutip sampah keliling rumah. Ini kena bagi kredit kepada parents, menanam budaya ini dari awal usia lagi. 

Dan Aleeya yang tampak macam timid tu dok main panjat-panjat. Tengok wajah tu lembut sangat orangnya tapi dialah antara yang paling lasak.

RUMAH MOKNA

9.00pg Kami bertolak ke rumah MokNa. Pagini mereka adakan Aqiqah untuk cucu sulong mereka, anak kepada Faiz. Jadi juadah kambing gulai sedia menanti kami. Walaupun perut masih penuh aku gagahi juga makan gulai kambing yang ku cicah dengan roti sandwich. Sedap. Ia disediakan oleh catherer yang sama dengan walimah. Teh tu MokNa punya.

PERSIAPAN

Di halaman dan jalan di depan rumah, persiapan sedang dibuat untuk Majlis Perkahwinan yang akan diadakan sebelum tengah hari. Dijangka rombongan pengantin lelaki akan tiba pada pukul 11.30 nanti.

Keluargaku yang datang full corum memang memeriahkan suasana sementara menunggu kedatangan mempelai. Fadhil dan Eti sekeluarga sampai pagi ini dari Kuantan. Dan mertua mereka masing-masing dengan ahli terdekat pun datang untuk Majlis ini. Farhanim sekarang berada di dalam dunianya tersendiri, mempersiapkan diri untuk majlis yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat ini.

KETIBAAN

11.45pg Saat yang ditunggu pun tiba. Rombongan mempelai lelaki sudah tiba disambut oleh mempelai perempuan. Maka beraraklah mereka memasuki Dewan Raja Sehari diiringi dengan rombongan yang gah.

20200815_120629

TETAMU DAN KELUARGA

Tetamu dan keluarga datang memeriahkan majlis. 

20200815_120758

Walau di dalam era PKPP ini masih ramai yang sanggup datang. AbeLah datang dengan Kak Tim yang bertongkat berpapah dari Ibu Kota demi adik dan anak saudara. Aku menegur face mask yang dipakainya yang agak unik. Katanya ini face mask fesyen sama yang dipakai oleh Tuanku YDP Agong. HEBAT  Kak Mah Muslimah dari Gretok Kecupu pun ada. Dia bermalam di rumah Abang El yang merupakan abang iparnya dan tinggal di Kemaman. Ini semua sangat bermakna dan menunjukkan budaya Melayu yang sangat mementingkan hubungan keluarga.

Makanan yang disediakan sedap dimakan tetapi bagi yang mempunyai tahap diabetes yang agak tinggi, bersiaplah untuk rasa mual dan keletihan selepas itu. Apa nak buat. Kekadang kenalah apply untuk Sick Day. Kalau tak jamah nanti apa kata tuan rumah pulak. Sendiri pun akan kempunan juga. 

Bila nampak Nana menyuap anak dan adak sedara, aku pun tumpang makan sekali. Tadi rasa masih kenyang.

BERSURAI

20200815_191541Bila lewat petang kami minta diri berundur. Anak-anak berpakat ambik Homestay berdekatan dengan Pantai Mok Nik di mana terdapat INTAN Wilayah Timur. Nana berlepas lebih awal kerana ada program di Terengganu. Tempat yang diambil adalah Rumah Pantai Taman Geliga. Pantai adalah sepelaung sahaja darinya. 

Sesampai saja mereka terus keluar ke Pantai, bawa anak-anak mengenali dan bermesra dengan suasana pantai sambil berlari-lari anak mengejar ombak-ombak yang berkejaran menghempas pantai. Ianya tidaklah secantik pantai-pantai ternama di Pantai Timur tetapi tiada rotan akar pun berguna.

Aku turun ke pantai agak lewat dan bila azan berkumandang masih lagi di sana. Bilik ada 3 dan bilik air 2 termasuk 1 di dalam master bedroom. Kenalah share tetapi itulah yang seronoknya bila berkumpul. Masing-masing ambil spot masing-masing dan sesama melayan warga bayi dan pra sekolah dengan keletah dan perangai tersendiri. Warga Tok Nenek tumpang gembira. Gembira sangat.

HAI PENG

Keesokan harinya MokNa pepagi lagi menalipon untuk menjemput breakfast bersama. We were in Kemaman. Where else kalau bukan di Kopitiam Hai Peng? Jadi kami rendezvous di sana. Aku dan In yang pertama sampai. Di dalam kedai semua meja sudah penuh. Aku mengambil spot di satu meja dengan seorang Cina yang berseorangan updating dengan khusyuk di media sosial. Bila ada meja dikosongkan kami cepat-cepat mendudukinya untuk ahli keluarga yang datang sedikit lewat. Begitulah sehingga akhirnya 4 meja kami tawan. Makanannya adalah standard Kopitiam; telur 1/2 masak, roti bakar, kopi kaw dan makanan tempatan bungkus ambik sendiri. Bagiku telur 1/2 masak terbaik adalah di White House Kota Bharu. Yang ini, order 1 minit dah sampai.Jadi paham-pahamlah bagaimana dibuatnya.

Amir Hakim dan family bermalam di hotel di pinggir Bandar Chukai. MokNin family bermalam di Rumah MokNa dan makan pagini adalah stop over on the way perjalanan balik ke Pauh Lima Kelantan. Kak Long family akan hit the road tak lama lagi, singgah di Klang sebelum berlepas ke Kuala Kangsar. Lah dan Balqis tenang sahaja, macam biasa. Mereka antara yang paling warak dalam keluarga. Terima Kasih MokNa kerana belanja kami semua di sini.

10.00pg Bersurai.

AZIZ SATAR

Kami balik dulu ke Homestay. Check Out pukul 12tgh. Sebelum tu aku, In dan 2 cucu melencong ke bawah Sg Kemaman dan mendapati pemandangan memukau mata memandang. Boleh lihat di sini;

Selepas Kak Long berlepas, aku masuk rehatkan mata sedangkan anak-anak menantu dan cucu-cucu ke pantai. Amir Hakim, anak saudara dengan isteri dan anaknya datang melawat sebelum kami check-out. Cute sangat anaknya menegur Maisarah cucuku; anak kedua Eti. Sebelum balik kenalah Satar Hunting dulu…

Selepas tu kami keluar mencari Satar dan otak-otak makanan santai tradisi Terengganu. Aziz Satar adalah nama yang sebati dengan makanan ini. Sebenarnya nama Satar di belakang Aziz tu adalah nama makanan ini dan bukanlah nama geng 3 Bujang Lapok P.Ramlee.  Terdapat 5 cawangan, 4 di laluan pantai ni dan 1 di Ibok. Kami berhenti di Aziz Satar 2 kerana jalan sudah sesak dan tidak mahu ke depan lagi untuk ke Aziz Satar 1, cawangan yang pertama. Untuk foto, boleh rujuk di bawah.

Satar di sini memang sedap sangat. Itu yang bertimbun pembalut dari daun kelapa satelah isinya aku bedal. 

BALIK HALUAN MASING-MASING

Selepas itu kami semua bersurai. Masing-masing merancang perjalanan sendiri. Tahulah, hari ini hari Ahad dan trafik masuk ke KL di Lebuh Raya Karak memang amat sesak. Fadhil singgah di Kuantan dahulu. Eti ambik keputusan melalui jalan lama Bentong – Gombak. 

Dan aku melalui Jalan Pantai menghala pulang ke Kota Bharu. Seperti yang diduga mata mula memberat dan mulut asyik nak membuka sahaja. Terpaksalah aku bertahan kerana bila menjeling ke sebelah, partner sudah lentok. Belakang pun Adik sedang meluyu. Livita Honey sempat mencelikkan mataku sejam lebih tapi selepas itu bodi hampir berserah. Terpaksalah serah stereng kepada Adik selepass berhenti solat di masjid sebelum Marang. Bersih sangat masjidnya. 

4.00pm Singgah MyDin Mall KT untuk makan tengah hari. Pekena Nasi Kandaq dan Teh Tarik Mamak buat bekalan perjalanan. Kami ambik Laluan Pantai melalui Penarek dan Tok Bali. Dan Kerepok Lekor Tok Beng aka Kerepok Lekor Nombor adalah persinggahan wajib untuk bekalan.

BARANG BAIK HARGA MURAH

9.00mlm Singgah makan malam di Restoran Mariam Seafood, Pasir Tumboh.

Untuk 3 orang; Mee Kungfu, Kue Tiaw Lakna dan Meatballs plus 3 gelas air buah fresh dengan hirisan buah di dalam jusnya tidaklah perlu memecahkan bank untuk merasai. RM33 sahaja. WOW.

10.00malam SELAMAT SAMPAI DI RUMAH. Alhamdulillah.

 

 

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: