SEMALE DEMO DI SINI – PHOTO STORY 01

NOTA

Saya mengambil cabaran dari seorang rakan @adib di Putrajaya Photowalk untuk menulis satu cerita berkaitan foto yang ditayang dengan 5 ayat. Saya tidak akan mengehadkan kepada 5 ayat sahaja tetapi sebanyak mana yang diperlukan, insya Allah..

This is taking the challenge from my friend @Adib Noh to write a story or impression of the photo posted with not more than 5 sentences. I would not limit myself to 5 but whatever is required to deliver the message, Allah Willing.

PHOTO STORY

Razali01

180515 Majlis BKK 00

Semale Demo Di Sini di dalam loghat Kelantan.
Yesterday You Were Here in Kelantan lingo.

Nostalgia, jalinan kasih, hormat-menghormati, harga-menghargai, setia-kawan, satu organisasi utuh sesama menyumbang / sesama bertanggungjawab, naik dan jatuh bersama. Dan satu figura dari keluarga berkenaan yang sudah tidak lagi bersama. Yang tinggal hanyalah kenangan semalam.

Akulah figura tersebut. Aku melangkah turun meninggalkan kawan-kawan dengan pelbagai fikiran, pergi ke alam baru; Alam Persaraan. Aku toleh ke belakang dengan pandangan sayu sambil melontarkan senyuman tawar, senyuman perpisahan.

Di sana rakan-rakan melambai dengan pelbagai reaksi, pelbagai coretan di raut wajah yang hanya Allah sahaja yang tahu selain dari empunya diri. Hakikatnya di sini sahajalah kita bersama sebagai satu pasukan. Kamu akan mendapat pengganti diri ini  dan aku akan meneruskan hidupku di alam yang baru. Dalam kepelbagaian reaksi itu, satu mesej terpampang: Semale Demo Di sini.

Nostalgia, thread of love, mutual respect, mutual admiration, friendship, together delivering and taking responsibility as a team in a strong organisation, up and down together. And a figure in the fold is no longer with you. What remain are memories together.

I was that figure. As I walked down the steps, I threw back with a remorseful look and smile a rueful smile, the smile of separation.

There you stood, waving with various reactions and thoughts known only to Allah The Knowing and your own self. We were only destined to be together then as a team. You will be getting a new leader and I will continue my life as a pensioner. In all the mixed reactions, one message stood clear: Yesterday You Were Here.

#PhotoStory

#YesterdayYouWereHere

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: