PERCUTIAN BERSAMA ANAK BONGSU

PRELUDE

KEGEMBIRAAN TAHUN BAHARU

Awal Tahun 2020, awal pagi Jumaat 3hb Jan, keluarga kami mendapat berita gembira dengan kehadiran Cucu ke Tujuh dari anak lelaki tunggal; Muhammad Fadhil Irfan. Oleh kerana ibunya berada di Kuantan, kami berdua pun bergegas ke sana melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Alhamdulillah, anak perempuan dari menantu kami ini selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sempatlah kami menziarah, menzikir salawat, mengusap cucu pada waktu dibenarkan ziarah. Angah, anak ketiga turun bersama 2 anak kecil dari KL dan bermalam bersama kami.

KE KUALA LUMPUR

Ahad, kami teruskan perjalanan ke KL untuk menghantar Angah. Bermalamlah 2 malam di KL; satu malam di rumah Angah dan satu malam di rumah Kak Teh. Sempatlah bermesra dengan cucu-cucu di KL pula.20200106 19 Dinner Sakura Crystal

Sempat pula diraikan oleh anak-anak dengan makan malam di Sakura Crystal. Bertuah rasanya dihargai dan layani oleh anak-anak yang bersusah payah selepas kerja untuk datang ke sini semata-mata kerana kami.

Selasa pagi kami on the road semula balik ke KB melalui Gua Musang. Anak Bongsu yang mesra dipanggil Mamachu sudah berada dirumah, balik bercuti semester 2 minggu.

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLANDS

Memandangkan sudah lama kami tidak membawa Mamachu bercuti dan dia selalu tertinggal event keluarga kerana masih belajar, kami mengambil keputusan untuk bercuti 3hari 2malam di Cameron Highlands bersamanya. Kami pun bookinglah Hotel Iris di Brinchang. Maka pada pagi 10 Jan 2020, bertolaklah kami bertiga melalui Jalan Gua Musang – Lojing – Kg Raja – Brinchang.

CAMERON HIGHLANDS HARI 1

Bila kami memasuki Kg Raja, khatib sedang membaca khutbah di dalam radio. Memandangkan kami musafir dan tiada kewajipan untuk berjumaat, kami tidak berhenti di tepi jalan berhampiran masjid yang sememangnya sudah sesak. Bila sampai di Brinchang, para jumaah baru sahaja keluar masjid.

20200110 04crop Lunch BrinchangFOOD COURT

Food Court di tengah Pekan Brinchang adalah port wajib kami di sini. Kena turun ke bawah kerana ia berada di aras rendah. Di sinilah dahulu Hannah (cucu kami n0.2 berfoto bersama replica strawberi). Kami makan di satu kedai sebelah hujung. Masakan memang sedap di kedai ini. Masakan favorite aku di sebelah Perak ni adalah ikan masak tauhu. Memang sedap. Air Sirap diberikan percuma, mungkin kerana Hari Jumaat.

HOTEL

Selepas menjamu selera kami pun check-in di Iris Hotel, bilik tiga orang dengan satu katil besar dan satu katil kecil. Biliknya agak selesa. Dan sepertimana biasa di Cameron Highlands, tiada pendingin hawa di bilik. Kipas pun tak ada. Pengudaraan adalah dari angin semula jadi di luar yang menghembus udara sejuk segar.

PASAR MALAM

Pasar malam adalah satu dari tarikan utama Cameron Highlands. Dahulunya pasar malam berada di tengah Pekan Brinchang. Sekarang ini kawasan tersebut sedang dibangunkan dengan bangunan baru dan Pasar Malam dipindahkan hala ke Tanah Rata. Pernah kami datang dahulu waktu weekdays kerana nak elakkan kesesakan tetapi dimaklumkan bahawa pasar malam tidak dibuka pada hari biasa. Kedai pun banyak yang tutup. Memang hilang serinya tanpa pasar malam.

Keenakan pasar malam ini selain dari lambakan strawberi cicah coklat yang dipopularkan oleh Datuk K semasa memikat penyanyi nombor satu negara; Tuk Tie dahulu adalah pelbagai gorengan dan teh ais power. Aku sangat suka beli pelbagai gorengan ini dan duduk kat tepi jalan sambil mengunyah masa ia masih panas rangup.

Malam tu kami ke tempat biasa di tengah Pekan Brinchang untuk makan malam. End Day 1.

CAMERON HIGHLANDS HARI 2

LAYAR ALAM

Bagai menyingkap tabir malam, kemunculan sinar mentari pagi sungguh menawan sekali dari tingkat atas Hotel ini. Terpesona aku dengan layar alam memainkan perubahan cahaya bak Sita Dewi perlahan-lahan membuka hijab dan mata melirik ayu….Fuhhhh syahdu pulak aku..

Selalunya aku akan keluar dengan partner menghirup udara segar kawasan pergunungan sambil merakam detik-detik mentari mula muncul dari hujung ufuk. Kali ini rasa tidak larat. Semalam udara sejuk sangat sehingga selimut pun tidak cukup menghilangkan rasa sejuknya. Terpaksalah sauk sweater dan pakai stokin semasa tidur.

TAMAN SEDIA

Dari hotel kami ke Taman Sedia, kawasan pelancongan Melayu dengan pelbagai jenis homestay, ladang strawberi dan tempat makan. Kami ke kedai makan biasa di sana berdepan dengan Tiny Boutique Habitat yang sangat menarik. Ia menyediakan nasi lemak, roti canai dan pelbagai juadah Melayu. Sedap macam biasa. Selepas itu kami mengayun langkah berjalan-jalan kawasan Taman Sedia.

Kawasan ini sudah agak sibuk. Agaknya pelancong-pelancong sudah mula mengenalinya. Dahulu hanya mereka yang sudah datang ke sini tahu kewujudannya. Dengan pengaruh media sosial dan pelancong yang mewar-warkannya (termasuk aku, heheheh) ia sudah menjadi tumpuan pelancong Melayu. Pelbagai kedai makan dan homestay dengan pelbagai hiasan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Jalannya sahaja agak sempit dan sukar untuk mendapat parkir di masa puncak. Kami meronda-ronda dan merakam foto.

BHARAT TEA SHOP

Memang tidak sah datang ke Cameron Highlands ini kalau tidak pekena teh original yang melekat di perut, berpaut  di bibir, terpahat di hati. Jadi kami turun ke Tanah Rata dan menghala ke Ringlet untuk ke Bharat Tea House 1.

Bila ke Cameron Highlands ni, Tea and Scones adalah makanan wajib. bagi kami, Scones paling best adalah di Taman Sedia. Kami makan sambil menikmati pemandangan jauh mata memandang menerawang kawasan ladang teh. Amat memuaskan sekali. Inilah tarikan pusat pelancongan ini. Kali ini kami sempat nampak sayup-sayup pekerja dengan bekas putih di atas kepala bekerja mengutip daun-daun teh.

BHARAT TEA SHOP 2

Tak cukup dengan sini, kami naik pula ke Bharat Tea House 2 yang berdekatan dan menghala ke Tanah Rata. Ia berkongsi pandangan ladang teh yang sama.

Kat sini kami sempat shopping barangan Teh dan produk pelancongan Cameron Highlands. Bila beli bekas teh ais yang nampak catik, double layer kat kedai tu dapat teh ais free dari dalam Tea House. Makan-makan lagilah kami. Dan sempat juga melaram berfoto. Biarlah gambar berbincara….

MERIAH KELUARGA

Selepas puas melaram dan makan, kami balik ke hotel, Didapati bilik tidak dikemas lagi. Darah mula tidak tenteram. Sekonyong-konyong pintu bilik diketuk dan bila dibuka, tersengeh Kak Long, Hannah dan Nufayl di pintu. Mereka mendapat bilik bersebelahan dengan kami. Tambah lagi meriah, Nana and Family pun sampai pada masa yang sama all the way dari KL melalui Tapah. WOW mendengar tu pun sudah rasa nak ‘jeluak’ (loya.. jalan perpusing-pusing berpuluh km). Mereka mendapat bilik di hadapan bilik kami. MERIAH SUNGGUH percutian ini. Mamachu gembira sekali. 

Apa lagi bersembang kencanglah anak-cucu bersama NekWa paling popular ni. Dalam keteraburan bilik tak berkemas tu hati-hati bertaut mengemas diri sendiri. Alhamdulillah. Mulalah tinjau bilik-bilik mereka. Jenis bilik adalah sama tapi view berlainan mengikut kedudukan.

PASAR MALAM ROUND 2

5.30pm Kami turun ke bawah. Aku bertanyakan kenapa bilik masih tidak berkemas. Rupanya stail mereka, bila keluar kena maklum ke kaunter kalau nak bilik dikemas, kononnya kalau tak ia dianggap pencerobohan. Macamlah aku ni baru kalini dok hotel. Hotel lain tidak begitu pun. Tapi untuk tidak memasamkan muka di hari gembira ni, aku minta bilik dikemaskan dan senyum sambil memaklumkan akan keluar agak lama. Parkir di tempat berdekatan. Hannah memang gembira sakan melihat banyak strawberry dan berkotak-kotak berry ni dibeli oleh ibu-bapanya dan NekWa. Dalam meriah tu tak bersisa….hehehe. Nana dan NekWa adalah peminat jagung rebus. Dan Teh Ais Power untuk aku dan In. Enaknya menggapai awan,,,,

STEAM BOT DI TANAH RATA

Dari pasar malam kami ke Tanah Rata untuk menjamu selera stail Steam Bot. Haziq menantu bawa kami ke tempat ini yang merupakan tempat pilihan dia; Restoran TAC. Kena tunggu giliran dulu. Haziq kata ini memang sudah biasa. Tak lama pun menunggu. Kos RM39 se kepala.

Seronok sungguh. Mamachu tak berhenti memasak. Di zaman ini, kedai sediakan bahan sahaja dan kita memasak sendiri dengan caj mahal. Hebat kan? Pelbagai jenis daging, sayur, seafood ada untuk dimasak dan enjoy. Memang makan sepuasnya. Akhir sekali sahaja baru ambik nasi goreng sebagai penutup rasa. 3 jenis air buah juga ada selain dari teh dan kopi ais. Berbaloi atau tidak kena tanya diri sendiri. Bagi aku memang enjoy habis dengan syarat perut di sediakan kosong sebelum tu. Habislah Hari kedua dan kami balik semula ke Hotel.

CAMERON HIGHLANDS HARI 3

Pagi ini lelangit sekali lagi memainkan irama memukau. Nyaman terasa bangun di suasana sejuk segar pergunungan ini.

LADANG TEH BOH SG PALAS 

8.30pg Kami bergerak ke Tea Centre Sg Palas. Kenalah bertolak awal kerana nak pekena nasi lemak yang diviralkan ramai di atas sana. Ini adalah antara tempat persinggahan wajib bagi kami kalau datang ke Cameron Highlands. Jalannya memang sempit, berliku dan berlobang. Apapun demi kepuasan seluas hati digagahi juga naik ke atas…

20200112 010 Jalan ke Sg Palas

Terdapat beberapat lokasi di tengah jalan yang menjadi Photographer’s Spots kerana terdedah kepada pemandangan yang cantik, lebih-lebih lagi pada waktu pagi bila kabus kelihatan merayap di hujung pandangan bersama banjaran gunung dan bukit. Cahaya mentari pagi yang seolah diserap dan pantul semula selembut kapas sutera menambahkan lagi kecantikan susasana di pandangan mata.

BOH TEA CENTRE

20200112 013 BOH Sg Palas20200112 016 BOH Sg PalasKenderaan awam tidak dibenarkan naik hingga ke Tea Centre, sebaliknya perlu parkir di kawasan yang disediakan di bawah. Dari situ  kenalah menaiki tangga kayu yang disediakan untuk sampai ke puncak Tea Centre. Tangganya diselenggara dengan baik dan selamat untuk dipanjat. Bagi warga emas dan yang bermasaalah kenalah naik secara berhati-hati atau dipapah. Untuk menikmati teh dan makanan di atas dengan view yang sangat cantik, kenalah berkorban kudrat sedikit.

MAKAN PAGI DI TEA CENTRE

Alamak, nasi lemak yang dicari tidak dijual harini. 20200112 065 Sg Palas Tea CentreADOIIIII. Dan kawasan verandah tertonjol sudah dipenuhi pengunjung. Ingatkan dah awal naik ke atas rupanya ramai yang lebih mendahului. Apa nak buat.

Memang pemandangan di kawasan verandah tertonjol ini paling menarik sekali di Tea Centre ini. Pengunjung mengambil peluang berfoto dan selfie di sini.

Haziq menunjukkan satu kawasan baru yang dibuka untuk membolehkan pengunjung makan sambil menatap pemandangan segar ladang teh di pergunungan. Tidak dapat rotan, akar pun berguna. Makanan kebanyakannya jenis puff dan pastry. Bolehlah. Yang penting teh ori Cameron Highlands. Dan scones lagi…

Nampak pagarnya tidaklah sekukuh mana. Risau juga budak-budak yang  dok menyandar kat situ. Kenalah ada seliaan oleh orang dewasa.

20200112 067 Sg Palas Tea Centre

Laluan ke tempat pertunjukan multimedia dan proses pembuatan teh adalah melalui jalan yang dihias unik. Sebelum sampai ada kedai jualan barangan Teh dan lain-lain produk Cameron Highlands. Banyak juga produk packaging teh dibuat khas yang hanya boleh didapati di sini. Harga pun boleh tahan. Teh Gunung Cantik 100g berharga RM36. Ada produk khas The Emerald Blend dengan 16 tea bags sahaja berharga RM45. Walaupun agak mahal, aku penggemar teh beli juga sebagai kenangan datang ke sini.

Sebelum sampai ke kawasan pertunjukan pembuatan teh, ada tempat yang diletak penimbang dan mesin pengisar teh. Apa lagi Engineer Cilik Aidil tak melepas peluang mencuba sambil menunjukkan kepada sepupunya..20200112 078 Sg Palas Tea Centre

Di dalam kedai barangan teh aku ternampak satu buku mengenai Keluarga Dearie-Russell. Nama Claire Grey, penulis menarik perhatianku. Adakah dia berkaitan dengan teh tersohor; Earl Grey English Tea? Dalam bayanganku satu keluarga yang mempunyai visi hebat, merentasi lautan dan mengusahakan ladang teh di tiga benua sehingga menjadi minuman utama seluruh dunia. Belum baca lagi…..

Dan sudah tentu sebelum turun ke bawah, berfotolah kami secukupnya dengan pemandangan ladang teh sejauh pandangan.

ABANG STRAWBERRY CAFE & FARM

Selepas check-out kami ke sini. Memang kalau datang Cameron Highlands mesti datang juga ke sini. Ia terletak di Taman Sedia. Scones dia adalah terbaik. Teh Cameron Highlands dalam pot belum bancuh. Jadi kalau yang suka jenis Teh Tarik ke, Teh Ais ke kenalah cari kat Bharat Tea House. Bagiku tiada masaalah sangat kerana aku boleh saja minum teh kosong yang segar dengan rasa tersendiri.

Persinggahan ini adalah on the way balik ke tempat masing-masing, Nana dan family ke Ampang, KL dan Kak Long ke Kuala Kangsar. Aku, In dan Adik aka Mamachu pula ke Kuala Kangsar untuk bermalam di rumah Kak Long sebelum perjalanan seterusnya.

Sambil makan-minum tu berposing dan tangkap gambar di ladang strawberry yang bersebelahan. Strawberry adalah antara tarikan utama Cameron Highlands dan melihat ia ditanam dalam beg plastik memanjang cara urban in-house gardening adalah mengujakan.

BALIK KE PANGKALAN MASING-MASING

Cukup di sini sahaja. Percutian 2 hari 1 malam dengan anak-cucu yang sudi datang dari jauh meraikan bersama amatlah memuaskan. Ia mengeratkan lagi hubungan mesra dalam keluarga. Senang sama dirasa, berat sama dijinjing. Semoga hubungan mesra antara kami terus dipanjangkan Allah dengan keberkatan.

Oleh kerana jalan ke Brinchang sesak teruk kami ambil keputusan melalui jalan Tapah walaupun berliku-liku menari belly ala Bollywood yang bukan mengujakan tetapi sebaliknya memutarkan anak mata dan menarik urat-belikat warga emas. Orang muda pun boleh tahan juga menahan loya. Singgah di Greentown untuk Nasi Vanggey sebelum berlabuh di pangkalan Rumah Kak Long. BESTO. 

RUMAH KAK LONG KUALA KANGSAR

13 Januari, Isnin. Kak Long ada appointment dengan Dr Gigi hari ini, jadi tidak ke sekolah.

HANNAH KE TASKA

Dengan itu sempatlah kami bersama menghantar Hannah, cucu no.2 yang agak gedik ini masuk TASKA pada hari pertamanya. Alhamdulillah tiada banyak masaalah. Cikgunya terus jemput, panggil nama dan tunjukkan ke meja. Lepas tu dia terus beri satu bakul mainan, tiada menegur manja depan kami, menggosok dan berlebihan melayan depan ibu bapa. Adalah seorang budak yang meraung-raung, tapi mereka hanya berikan sedikit tumpuan dan banyak biarkan.

MASJID WARISAN INSANIAH ISKANDARIAH

Kemudian kami hantar Kak Long ke Pusat Kesihatan Padang Rengas untuk urusan giginya. Katanya sudah kena operate untuk buang lebihan gigi geraham paling hujung. Jadi kami balik dulu dan

singgah di Masjid Warisan Insaniah Iskandariah yang tampak unik. Ia telah dibina pada Tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah. Seni bina diilhamkan dari Istana Kenangan Bukit Chandan. Tingkapnya dibina bermotif insang ikan Yu. Seni Bina Melayu memang indah dan mempunyai ciri perlambangan bersandarkan agama dan adat resam.

RESTORAN TASEK RABAN

Kak Long telah diberikan MC 3 hari kerana pembedahannya agak dalam. Jadi apa lagi mengekorlah dia dengan kami. Kami pun seronok sahaja..

Juadah tengah hari adalah masakan ala kampung Perak di Restoran Tasek Raban di Jalan Utama Kuala Kangsar – Gerik. Menu signature adalah ikan pekasam Tasek Raban. Aku sukakan masakan ikan kembung gulai tauhu. Bagi penggemar Patin, itu adalah satu dari menu pilihan. Ikan bakar cicah air asam dan cili juga mengancam sangat. Ikan nya adalah dari pelbagai jenis ikan sungai.

PERCUTIAN KE PULAU MUTIARA

Aku bagitahu Adik bahawa cuma ada satu hari lagi untuk meronda sebelum balik ke Kota Bharu pada 15 Januari, hari Rabu kerana aku perlu ke HRPZII sambung ubat yang kehabisan. Satelah berbincang, ambil keputusan untuk naik ke Utara dan Bermalam di Pulau Pinang untuk satu malam sahaja. Maka bookinglah satu hotel untul 3 dewasa.

Satelah aku memberitahu Haziq, menantu kami, dia offer kepada kak Long jika mahu mengikuti kami kerana telah mendapat MC 3 hari. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, kecik tapak tangan satu baldi ditadahkan. Peluang sebegini tak akan dilepaskan oleh Kak Long. Jadi keesokan harinya, 14 januari kami berenam termasuk cucu-cucu bertolak ke Pulau Pinang.

PULAU PINANG HARI PERTAMA

Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah dulu makan ringan di kedai berkekatan dengan Rumah Kak Long. Ianya mewar-warkan masakan capati berkari. Apapun Capati belum ada algi. Jadi makanlah sekadar mengalas perut.

Perjalanan melalui Lebuh Raya PLUS tenang sahaja. Di kawasan-kawasan rendah ternampak jauh mata memandang kehijauan bendang-bendang padi yang hanya dipenuhi rumput. Kak Long happy sangat dapat lesen untuk bersama kami menghabiskan MC.

JAMBATAN PULAU PINANG

Bila berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang aku mintak Adik Izzah memandu kerana ingin merakam gambar dan video perjalanan. Kami memasuki Jambatan ini dalam pukul 10.00 pagi.

Aku lebih suka menggunakan Jambatan asal Pulau Pinang dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yang merupakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Melalui jambatan ini kita boleh melihat pemandangan sebelah kiri jambatan. Sebelah kanan (median tengah) sudah dipasang penghadang menyebabkan pandangan mata pemandu terhalang. Sayang sekali. Untuk Jambatan Kedua, penghadang kedua belah adalah tinggi menghalang pandangan.

Jambatan sebegini ikonik sepatutnya MESRA PELANCONG, membawa balik kenangan yang terpahat dari pandangan mata. Kata orang tua; dari mata turun ke hati. Faktor Keselamatan boleh diatasi dengan pelbagai cara tanpa menjejaskan PEMANDANGAN yang akan membawa balik kenangan. Kena berpandangan jauhlah sikit para insenieur, bukan setakat manual depan hidung. Fikirlah juga Outcome..

Tidak terasa puas melalui pertengahan jambatan ini yang begitu ikonik. Nampak empat pylon megah berdiri memegang berbaris rentangan kabel pemegang dek jambatan semacam Atlas memikul beban dunia dalam mitos Greek. Pandangan melepasi barisan kabel rentang dan memasuki barisan kabel di hadapan amat memukau.

KUIL KEK LOK SI

Oleh kerana masih awal untuk check-in hotel kami menuju ke Stesyen Keretapi Bukit Pulau Pinang. Alahai… Dia tutup pulak masa orang nak melawat ni. Adik ajak ke Kuil Kek Lok Si yang nampak begitu besar dari jauh.

Kat bawah sebelum menaiki bukit ada barisan patung-patung macam tentera Terracotta. Kami tidak berhenti di situ kerana perlu memasuki kawasan kawalan keselamatan. Kami terus naik ke atas sehingga tapak kuil berkenaan. Ada kawasan parkir dan berbayar RM3.

Ini adalah pandangan di dalam kuil berkenaan. Aku tidak reti nak tengok signifikasi patung-patung berkenaan. Jadi boleh tengok hiasan dan corak reka bina sahaja.

20200114 058 Kek Lok Si TempleDi luar ada jalan ke bangunan patung buddha ultra gergasi. Kena naik lif kalau nak ke atas dengan harga RM6. Kami cuma tengok dari bawah sahaja.

Patung itu menghadap ke bawah dan kelihatan gah dari jalan besar. Dari sini ia tidak kelihatan, cuma bangunan housing dia. Aku tak larat nak naik ke atas mengelilingi kawsan tu. Mamachu, Kak Long naik bersama Hannah.

Dari situ kami ke Pusat Bandar, hajat di hati nak mencari Nasi Kandar signature kami; Line Clear. Harapan kecundang kagi kerana ia tutup. 

RESTORAN HAMEEDIYAH

Maka terpaksalah kami ke Restoran Nasi Kandar tersohor berdekatan.

Dalam pukul 12.30 tengah hari orang sudah berduyun berbaris di Restoran Nasi Kandar Hameediyah. Berbaris dan order di tempat lain dan makan di kawasan lain yang lebih selesa dengan pendingin hawa. Hebat betul orang Penang ni. Makan cara ni selalu alamat petanda nak perut buncit. Tastenya sedap jugak tapi bagi aku Line Clear Wins Anytime. Tempat ni agak classylah berbanding dengan Line Clear yang tersorok di celah bangunan dan seakan tidak hygienic.

Perut dah kenyang bolehlah check-in Hotel Royal dalam pukul 1.45pm. Sedang elok tu untuk berehat sebelum keluar lagi.

PADANG KOTA LAMA

20200114 079 Padang Kota20200114 081 Padang KotaMemang tak sah ke Penang kalau tidak ke Padang Kota Lama tempat Pasembor. Ada pula Mat Salleh terbaring atas penghadang ke laut memandi cahaya dengan berpakaian penuh. Lantak engkau lah Mat Salleh

Suasana petang memang menarik di sini dan ramai pengunjung duduk berderetan di atas tebing penghadang, dengan hal masing-masing. Nufayl pulak tidak ada masaalah, senyap sahaja dalam stroller.

Kami pun buat hal kami juga meninjau kawasan, merakam gambar dan menikmati pemandangan kapal-kapal besar dan kecil yang memasuki kawasan pelabuhan. Langit juga cerah tanpa jerebu menjadikan jarak pandang jauh ke laut hingga tampak jelas loji-loji mengangkut barangan dari kapal di hujung ufuk. In memanggilnya girafah semasa anak-anak membesar kerana ia memanjang tinggi macam tengkuk haiwan tu. Juga tampak kapal besar yang berlabuh di hujung sana.

PASEMBOR

Masuk dan duduk sahaja di meja makan datanglah berkerumun mamak-mamak bertanyakan makan. Ada dari geng pasembor, ada dari masakan Thai, Goreng mamak, Minuman, Seafood dan mereka macam bersaing untuk paling kedengaran suaranya. Pening kepala dibuatnya. Apa pun, pasembor memang sedap, tidak terlajak manis macam dahulu.

Sebelum matahari terbenam, kami duduk-duduk menjamu mata terlebih dahulu di pinggiran laut. Terasa nyaman walaupun bau airnya tidak fresh seperti di Pulau Perhentian. Seronok tengok kapal-kapal masuk keluar Pelabuhan.

Terpandang seorang budak agaknya sebaya Hannah meraung-raung melompat-lompat di tempat mainan dan kemudiannya di perlantaian di bawah. Nampak macam ibunya bersama 3 lagi berjalan jauh ke depan dan buat dekk sahaja. Raung dan melompat sekuat hati, mereka tak pandang pun. Adalah seorang Pak Cik belum separuh umut ambik kesihan dan pergi pimpin budak tu bawa arah ke mak dia. Ada jugak orang macam tu ya? 

THAI PAK KHOONG TEMPLE TANJUNG TOKONG

Dari situ kami ke arah Tanjung Tokong untuk melihat taman pokok yang dibuat seakan Tree of Souls dalam filem Avatar garapan James Cameron. Jalan masuk adalah sempit tapi ada pak cik-pak cik lanjut usia menjaga dan menyusun parkir kedudukan kereta, berkomunikasi dalam BM yang almost unintelligible.

Hannah seronok sangat dibelikan lampu ala Phoenix di kepala dan lampu bintang ala fairy di tangan. Di kawasan yang gelap dia mencelah, “tak apalah Hannah ada lampu bintang, tak gelap”. Ingatkan masih tidak pasang lampu tapi pak cik jual mainan tu kata memang pasang. Masa lalu tu taklah nampak lampu-lampu berjurai di pokok tapi bila photo-shoot memang kelihatan nampak cantik. Takjub rasanya.

Hannahlah yang seronok sangat kat sini, apa lagi dengan lampu phoenix di kepala. Memang hiasan lampu-lampu adalah inspirasi terus dari Filem AVATAR. Nufayl duduk dengan NekWa. Memang kalau NekWa yang asuh semua cucu okey-okey saja. Itu kehebatan dia.

SUP HAMEED

Dah berjalan-jalan ni perut pun mulalah meminta bahagian dia. In teringatkan Sup Hameed berhampiran dengan Cititel. Boleh saja. Memang mengenyangkan. Rasanya tak perlulah mencari teh tarik lagi malam ni..

CHEW JETTY

Sebelum balik ke Hotel singgah dulu di Chew Jetty. Aku dan In tak turun, jaga Nufayl dalam kereta. Kak Long, Adik dan Hannah sahaja yang turun. Ia seakan Kg Morten di Melaka kecuali ia hanyalah jetty ke laut yang dihiasi lampu untuk pelanciongan, bukan ‘a living museum’.

Ada pertunjukan bunga api tapi tak perlu share kat sini. Mana-mana pun sama sahaja bunga api kecuali surroundingnya. Tapi atas langit tu sama sahaja. Jadi tak share lah videonya di sini..

Itu sahaja dan kami balik ke Hotel pukul 10.30mlm. Penat satu hari berjalan dan menikmati suasana. Oleh kerana kami bermalam 1 malam sahaja, kenalah ambik lebih sebelah hari pertama. Hari kedua sudah nak on the road balik KB.

PULAU PINANG HARI KEDUA – 15 JAN

Enak benar agaknya tidur di Hotel Royal dengan comforter berbulu burung yang sangat comfortable menyebabkan sukar bangun. 20200115 04 BFast Mee Kari Kak Arah

MAKAN PAGI

9.30pg Baru dapat keluar untuk mencari makan pagi. Menghala ke kawasan Gurney Drive tapi tak berjumpa tempat yang sesuai. Dalam ingatan teringat satu tempat yang sedap juga makan paginya. Dalam berpusing tanpa hala tuju tu terjumpa kedai yang diingati. Alhamdulillah.  Nama gerai adalah Mee kari Kak Arah. Sebenarnya ada 3 gerai bersambungan menjual makanan dan minuman. Memang signature dish adalah Mee kari kerana ini nama yang keluar di Google map.

RUMAH dan MEMORIAL P.RAMLEE

Sambil driving nampak papantanda menunjukkan arah ke Rumah P.Ramlee.

Begini sahaja rumah asal bintang lagenda Malaysia. Sehingga sekarang belum ada yang dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh legenda ini tetapi kehidupannya  tidak sepadan dengan gahnya nama beliau. Itulah hakikat insan seni yang hanya kaya di jiwa tetapi miskin harta.

CENDUL TEO CHEW

Masa sudah 11.45pg semasa kami balik semula ke Hotel. Oleh kerana baharu sahaja makan pagi, tidak terasa mampu untuk mengisi dengan Nasi kandar. Jadi Kak Long cadangkan makan Cendul Tersohor sahaja.

Cendul dijual dengan kereta sorong di luar dan makan di dalam kedai. Memang sedap dan lembut cendulnya. Ia adalah cendul yang menjadi antara makanan signature Pulau Pinang.

PERJALANAN BALIK – FERI

Kali ini aku buat keputusan untuk balik menggunakan perkhidmatan feri sambil menikmati pemandangan dari situ.

Perjalanan dengan feri adalah unik untuk Pulau Pinang kerana inilah pengangkutan awam keluar-masuk secara turun temurun. Walaupun sudah ada dua buah jambatan utama empat lorong merentangi lautan menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar, ia masih dikekalkan kerana keunikan dan nilai sejarah ini.

Nufayl diam sahaja dengan NekWa. Kak Long dengan Hannah dan Adik naik tangga ke atas untuk menikmati pemandangan yang lebih luas dari dek atas. Tangganya dari besi checquered plate sangat curam dan tampak bahaya. Aku duduk kat bawah sahaja.

BALIK KUALA KANGSAR

Kami meneruskan perjalanan balik melalui PLUS kerana perlu menghantar Kak Long balik ke Kuala Kangsar. Kami tiba dalam pukul 2.00tgh dan berehat sebentar. ThumbsupKak Long memberitahu bahawa Mr Haziq telah membeli jus nenas D2 asli botol dan nenas siap potong untuk aku kerana tahu aku terlalu meminati nenas. Dia minta singgah di MRSM Lenggong dan bawa sekali Kak Long dan anak-anak.

Allahu akbar…. Terbaik menantu ni…

GERIK

Perhentian seterusnya adalah Gerik untuk isi minyak dan perut. Dari KK ke Grik Adik pula yang memandu.

Teh Ais Pyorr di tepi jalan berdekatan dengan Pekan Gerik adalah minuman wajib bagi isteri. Dia borong 3 gelas besar, 1 gelas kecil. Kawasan kedai makan adalah berdekatan dengan masjid dan menyediakan pelbagai juadah makanan. Kali ini ada cheezy fries pulak. Waduhhhhh…

GERIK – KOTA BHARU

6.00pm Kami meneruskan perjalanan. Untuk laluan sukar, waktu lewat petang pulak, aku tidak akan beri kepada isteri atau Adik. Aku balun sahaja all the way ke Kota Bharu. Singgah di Tasek banding sekadar urusan tandas dan photo-shoot. Cahaya agak sebam dan tidak menghairahkan foto yang terhasil.

Perhentian seterusnya adalah Petronas Jeli dan Masjid Gemang. Lepas itu terus mengarah ke Kota Bharu dengan melalui jalan ke Machang. Sudah lama aku tidak melalui jalan ini kerana kebelakangan ini selalu mengambil simpang dan Jalan KESBAN hala ke Rantau Panjang dan Pasir Mas. Banyak persimpangan yang kurang aku ingati walaupun dahulunya biasa sangat. Kawasan tepi sungai Tanah Merah juga sudah nampak membesar.

Alhamdulillah walaupun jadual padat 5 hari ini, aku masih dapat memandu dengan bertenaga dan tanpa masaalah. Seperti biasa LIVITA HONEY adalah minuman tenaga aku bagi menghilangkan mengantuk memandu dan memberikan kesegaran. Setakat ini ia masih efektif.

KOPI MESIN KG KOTA

Menghampiri Kota Bharu aku cadangkan berhenti minum kopi sambil makan ringan kerana masa makan tadi sudah pukul 5.30 petang. Dan aku rasa tidak mahu keluar lagi bila suda sampai ke rumah. In cadangkan Kopi Mesin dekat Kg Kota yang pernah disyorkan oleh besan yang tinggal berhampiran.

Alhamdulillah. Meatballs dan cheezy fries memang sedap.

10.45pm SAMPAI DI RUMAH.

Semoga Adik berpuas hati dengan percutian Semester Break ini. Weekends ni Nana dan family akan balik dengan flight. Jadi rasanya tidak ada apa-apa kekurangan kecuali Angah yang tidak dapat join di Cameron Highlands. Tak apalah Angah. There is always a next time. Keep the spirits high dan Family bond like a welded structure, solid and unbreakable.LOVE YOU ALLLove you

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: