PHOTOWALK BANJIR 2007
PRELUDE
2007 bukanlah satu tahun yang mencatatkan banjir yang besar di Kelantan. Walaubagaimanapun ia boleh dikatakan besar juga kerana air sudah melimpahi Jalan Sultanah Zainab dan memasuki Bandar Kota Bharu. Pesta Banjir atau berjalan di dalam bandar mengharungi air bah bermula dengan pelbagai gelagat manusia.
Pada masa ini aku bertugas di Projek Lapangan Terbang Baharu Kuala Terengganu dan akan balik ke rumah di Taman Bahagia, Kota Bharu hampir setiap minggu. Foto-foto yang dipaparkan di sini diambik pada 13 Dis 2007.
INSIGHT – PAGAR ISTANA BALAI BESAR
Tersergam di sebelah Dataran Muhammadi berdekatan dengan Masjid Besar Kota Bharu, Masjid Muhammadi dan selepas pintu Gerbang Rehal yang paling ikonik di Kota Bharu menggambarkan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam adalah ISTANA BALAI BESAR yang amat bersejarah.
Satu perkara yang mungkin tidak ramai orang tahu adalah bahawa bilamana air melimpah di Bandar Kota Bharu, Istana Balai Besar tetap kering, cuma sedikit air hasil resapan dari bawah pintu masuk dan akan dipam keluar. Saya sempat merakam fenomena ini semasa Banjir 2007.
Ini berlaku kerana di sekitar Tahun 1982, kawasan istana dipagari dengan satu ‘retaining wall’ yang tidak kelihatan dari luar kerana ditutupi dengan fasad kayu. Dinding ini masuk dalam ke dalam tanah, dan menghalang air dari luar yang melimpahi dari Sungai kelantan dan juga air resapan dari bawah dinding dari memasuki kawasan istana.
SEJARAH ISTANA BALAI BESAR.
SEKITAR KEADAAN BANJIR DI BANDAR KOTA BHARU
Saya bersama anakanda Muhammad Fadhil dan Nur Izzah Hidayah sempat merayau di kawasan bandar. Isteri enggan ikut sama kerana sejuk katanya.
Dia duduk di kedai kopi sementara kami meredah air banjir.
Jalan Sultanah Zainab adalah merupakan benteng terakhir kepada air limpahan dari Sungai Kelantan sebelum air melimpahi Bandar Kota Bharu. Sebelum itu warga KB meninjau keadaan di Tambatan D’Raja dengan berdebar-debar bilamana perlantaian Jeti mula ditenggelami air sungai. Adalah satu pengalaman menyeronokkan melihat bagaimana air merangkak naik ke darat, makin lama makin menenggelami daratan.
JALAN SULTANAH ZAINAB
Peniaga mengambil peluang mencari rezeki..
Tepi Sungai Kelantan
Begitulah rondaan kami sekitar kawasan Pusat Bandar. Saya tidak berani untuk lebih adventurous kerana ada anak kecil bersama. Itu pun sekadar dapat merasai meredah air limpah ala-ala Pesta Air.
Leave a Reply