CUCU KE EMPAT DAN MAJLIS BERCUKUR – AQIQAH

9hb Feb 2019

Tanggal 9hb Feb lahirlah seorang puteri cantik rupawan kepada pasangan anakku Noor Amanina dan Muhammad Ariff Naufal. Ianya satu tarikh yang magis, bersamaan dengan hari lahir putera sulong-bongsu kami dan hari selepas papanya pulang dari seberang laut. Raut wajah ibunya yang nampak sihat wal’afiat dan beeming menceritakan segalanya. Apalah perkataan kalau bukan menerangkan mesej? Bila mesej sudah terang bab bulan purnama, speech is but superficial inconsequential chatter.

Walaupun abahnya sudah mengazankan anaknya, aku buat sekali lagi atas permintaan Nek Wa Aliaa. Ya, Alia adalah nama yang sudah persetujui kedua ibu bapanya, cuma nama penuh belum dimuktamadkan.

Menatang Minyak Yang Penuh

Alia telah dilahirkan di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu dalam pukul 10.00pg. Abahnya telah menunggu di Hospital walaupun baru sahaja balik dan Jet Leg masih bergayut di tengkok. Dan antara yang paling gembira adalah Aidil anak sulongnya yang merupakan cucu sulong kami yang banyak celoteh dan syik nak semak pendawaian dan saluran air buang. Gembira abahnya pulang dan langsung tidak timbul cemburu dapat adik baru.

Alhamdulillah. Mengimbas kembali anakku, Kak Long mengambil masa 3h baru dapat menerima adiknya. Itu normal, ini extraordinary.

th3

Just look at the photos.. So Good Sport. We are proud of you, ore kelate peminat lagu Cap Kapok Ular Lidi

Lahirmu sangat dinanti-nanti,
Lahir mu penuh berseri-seri,
Cahaya mata anugerah Illahi,
Semoga menjadi penyejuk hati.

 

Keesokan harinya Alia sudah boleh pulang ke rumah kami; Nek Wa dan Tok Bah. Akan kami jaga seperti menatang minyak yang penuh. Akan ku alunkan irama Tola’al Badru sebagaimana ku alunkan kepada ibumu. Akan ku salawatkan, zikirkan buat pembentukan jiwamu. Serilah rumah ini dengan tangis tawa dan cinta kasihmu.

JAUNDICE

Selang beberapa hari dan berikutan lawatan jururawat JKM Aleeya didapati mengidap jaundice. Sekarang ini nama rasminya adalah Aleeya Iman satelah sekian lama tilikan mencari pedoman oleh abahnya. Maka Aleeya pun berulanglah ke hospital ditemani oleh abahnya atau Nek Wa bila abahnya tiada atas urusan kerja.

Jaundicenya agak degil. Jadi setiap harilah ke Klinik Kesihatan bandar. Satelah kami memberi minum susu kambing dan menyapu satu herba di tapak kaki, ianya menurun dan kami menarik nafas lega.

HARI SEBELUM BERCUKUR

Kami membuat keputusan untuk adakan Majlis Bercukur di rumah kami di Wakaf Mek Zainab kerana lebih luas selesa untuk jamuan makan.

Kak Long, Hannah dan Eti, Mazrul, Alisha sampai awal pagi dengan bas. Seronok bila anak-anak usaha balik walaupun terpaksa ambil cuti.

Satu kelebihan rumah ini adalah adanya waterfall dan wading pool. Kanak-kanak memang suka sangat. Akulah yang kena bersihkan keladak airnya 2-3h sebelum agar mereka dapat bermain dengan selesa dan selamat.

Khemah dipasang pada petang 22hb Feb tersebut. Pada malamnya kami bermalam di sana termasuk Aleeya sekali. Ambiance malam agak menarik.

23hb Feb HARI BERCUKUR / AQIQAH

Anakanda Fadhil sampai pada awal pagi dengan bas dari KL dan terus membantu apa yang patut. Kami makan lebih kurang dulu kerana kambing aqiqah akan datang dalam pukul 10.00pg.

Makanan sedang diatur di kawasan dalam pagar.

Imam sampai pada pukul 10.40pg, sedikit lewat dari rancangan. Para undangan dari Masjid Khatib Ali tiba sedikit masa kemudian untuk majlis bercukur. Besan sudah sampai lebih awal termasuk keluarga dari Khatib Ali, Pauh Lima dan Abe Man dari Taman Sabariah.

Imam Hussin memulakan adat dalam pukul 10.50pg.

Majlis bercukur disambung dengan bersalawat.

Dan majlis diteruskan dengan jamuan aqiqah. Kerutuk daging dan kari kambing pekat cukup mengancam. Orang dah nak balik aku tuan rumah masih makan lagi.

Sayang tidak banyak gambar yang diambil semasa majlis aqiqah. Tak dapatlah nak tunjukkan selera makan tetamu. Semuanya rata-rata memuji keenakan masakan kambing ini.

Sanak saudara jemputan bermurah hati datang memeriahkan majlis. Kebanyakan yang dijemput memang hadir termasuk sepupu-sepupu sebelah aku, adik beradik dan keluarga dari Pauh Lima, Kak Nab dan suami bekas jiran kami walaupun keuzuran penyakit saraf. Kak Siti Nor Batik dengan Abg Man datang jugak walaupun dalam keadaan tidak sihat. Syukur dan terima kasih. Kami berterima kasih kepada semua sanak saudara dan para jemputan yang datang.

Dan lepas majlis memang urusan anak-anak.

Berakhirlah satu majlis. Eti, Mazrul dan Alisha balik dengan bas pada malam itu. Kak Long naik bas pada pukul 10pg keesokan harinya dan Fadhil pada malamnya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: