Feria de San Telmo

Feria de San Telmo

Lawatan ke San Telmo Fair

Hari ini 21hb adalah hari ahad dan San Telmo Fair diadakan dari pukul 10pg hingga 4.00ptg.
 
smartselect_20181022-055109_chrome.jpg
Semasa kami sampai, didapati bahawa jalan masuk sedang dalam proses pengubahsuaian permukaan. Nampaknya di Argentina ni mereka suka jenis batu blok dengan permukaan kasar macam batu.

PASAR ANTIK, KEBUDAYAAN

Kawasan ini banyak menjual barangan bentuk antik dan kebudayaan tempatan. Ada kedai yang memaparkan foto-foto lama bersejarah. Aku shoot sana sini kerana tidak tahu. Dan ditegur dalam bahasa Spanish oleh pekedai sambil menunjukkan kepada papantanda tak dibenarkan ambil foto dalam bahasa mereka. Walaupun tak faham bahasa, simbol tu fahamlah.
Satu dari barangan popular adalah satu jenis minuman herba yang menjadi budaya mereka. Banyak stall yang menjual pelbagai versi Tea Maker ini. Dengan satu ‘uncang’ teh berkenaan, mereka hanya perlu tambah air untuk satu hari minuman herba.
Kawasan pasar ini bukan hanya memanjang tetapi ada side lanes nya yang menempatkan barangan, produk tertentu. Satu daripadanya adalah laluan berpayung yang ada terdapat di beberapa tempat di negara kita.
Aidil tidak sihat kerana demam selsema tetapi kebanyakan masa dia okay tanpa masaalah. Good boy. Cucu Tok Bah, Nek Wa. Well of course anak parent dia; Nana dan Arif.
Satu dari side lanes berkenaan menempatkan kawasan pasar yang di tengahnya adalah Coffee Town. Nana beli sayur dan buah di sini. Kata Nana, pemakanan Argentines banyak berasaskan sayuran dan bukan daging sepertimana North Americans. Itu sebabnya secara relatif, rakyatnya kelihatan agak slim. Cantik tu pun relatifkan??? 😃😃😃
Kami pekena kopi di sini. Dalam menu menunjukkan kopi-kopi dari serata dunia. Kopi tarik memang tak ada. Bila datang kopinya hampir pengsan aku. Dapatlah agaknya secawan kecil untuk harga 140 peso (RM14 lebih kurang)
Barangan berasaskan kulit kelihatan pooular. Nana kata di sini, barangan kulitnya memang asli dengan harga berpatutan. Memang bau pun rasa macam kulit sejati. In belilah jugak satu buat kenangan. Habis empat berkas wang peso dalam wallet. Agaknya kena bawa jenis beg pinggang kalau nak keluar shopping. Tak pulak nampak Argentines memakai waist belt begitu. Maaf tiada foto kedai berkenaan.
181021s 83 san telmo
Di satu sudut kelihatan puppeteer membuat pertunjukan puppet show. Puppetnya nampak seakan puppeteer berkenaan. Kelakar gelagatnya walaupun orangnya agak terlepas zaman…sorry nak kata tua, antik. Kesian tengok kasutnya…

(Video)

Kemudian ternampak pula satu persembahan Street Tango. Yang lelaki tampak tampan dengan baju kot lusuh bekedut dan perempuannya seksi lincah menari walaupun agaknya 8 bulan hamil…

(Video)

Kami berjalan lagi. Terdengar pula suara orang menyanyikan lagu latin dengan suara mendayu. Lembut dan sedap suaranya. In kata ianya macam lagu Filipina yang ia suka.
181021n 43 san telmo
(Video)
Dan kami sudahi trip kami dengan lunch di satu restoran tappanyaki. Nasi goreng salmon dan shrimp menjadi pilihan yang terhad. Ianya di tingkat atas dan Aidik ditolong bawa naik dan turun.
Dan di rumah pula bila aku bangun, menantu sudah siap sediakan burger home made; Arif burger. Jaga engkau Mat Salleh Burger, HAHAHAHA 🤣🤣🤣
PHOTO TRAILS (yang guna smartphone shj. Yang pakai DSLR tiada data lokasi)
smartselect_20181021-230130_gallery.jpg

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: