AKU KINI SEORANG PESARA

RESTORAN TUPAI-TUPAI – MAJLIS PERSARAANKU ANJURAN BKK 15 Mei 2018

Tak terukir kata penghargaan,
Tak terucap ungkapan terima kasih,
Majlis begitu bermakna kalian adakan,
Tupai-tupai restoran terpilih.

Termanggu aku dalam huraian pemisahmu,
ALBUM nostalgik teristimewa dari kamu,
Perjalanan hidupku disulam kata-kata bermadu,
Dungulah aku jika tak terkesan di kalbu.

SEMALE DEMO DI SINI

Satu photo album nostalgik dari anak buah di Bhg Komunikasi Korporat, CDPK, JKR Malaysia.

FLIPBOOK

Ini adalah dalam versi Flipbook..

http://online.1stflip.com/dqiw/381k/

TUPAI-TUPAI

Satelah berterak berasak dari Pusat Bandaraya ke tempat Majlis, sampailah juga aku di kawasan bangunan lama hampir peringkat muzium untuk dipulihkan oleh Pakar Pemuliharaan JKR Saiful Ramli @S_FRamli yang menjadi tempat Majlis.

Terlihat satu kenderaan putih Toyota Estima sedang ganaz meredah tempat yang agak terhalang dengan belukar untuk parkir. Bila pemandunya keluar ternampak manis orangnya tak padan dengan aksi parkir tadi…. rupa-rupanya Ketua Unit Promosi Reebeka Adne, orang kananku yang menjelmakan bahan-bahan mentah menjadikan bahan promosi yang Uuummph. Orang kata ganaz ayam nampak di tajinya, ganaz manusia terpendam di sebalik kelembutannya…. Jangan mare yer Becha..

THE LADIES

Wanita-wanita lembut tetapi berisikan besi waja di dalam, mengharungi cabaran, menangani aduan, menggegarkan media sosial dengan bahan-bahan bermutu dan penuh WOW FACTOR, melaksanakan tugasan yang bahagian lain tak mahu, menyajikan bahan-bahan menjawab pertanyaan Pak Menteri, berucap petah di majlis-majlis besar walaupun rupa dan suara yang keluar adalah DS KPKR atau Menteri Kerja Raya.

Cup of Love

MAKAN-MAKAN

Makan-makan adalah lumrah di negara penuh berkat dan nikmat ini. Dan INI KALI bacaan doa makan adalah oleh Ketua Unit Penerbitan, Portal dan Media Sosial Hj Effendi sendiri. Tak sangka ya.. berbakat juga. Sebelum ini pembaca doa BKK adalah En Sably yang kini amat sibuk di Jerantut sebagai JD. Dan ia terkilan tidak dapat hadir bersama kerana panggilan Pegawai Daerah. Tak apalah Sably… ingatan mu yang paling penting. Dan Mak Tok juga berkirim salam tidak dapat hadir kerana urusan keluarga. Mak Tok juga kenangan terindah di BKK..

UCAPAN DAN HADIAH

Hadiah berupa album sejarah hidup paling bermakna. Juga hadiah berbentuk sumbangan peribadi sangat menyentuh hati kerana menunjukkan bahawa saya juga telah menyentuh hati-hati kalian di sana…. Semale Bilo Kawe Dok Sano..

Dan nampak sangat sentuhan terbesar saya adalah di Facebook dan Twitter bila diberikan banta-bantal berhias logo FB dan Twitter. Anda merasainya. Saya juga. Diharap janganlah ia tinggal sebagai bantal peluk sahaja….. teruskan usaha setakat mana saya mampu tinggalkan untuk terus menggegar di media sosial dengan penampilan baru sesuai dengan angin perubahan yang sudah meninggalkan kesannya.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Tidak sudah setakat ini, kalian juga telah menyediakan skrin untuk tayangan video yang disediakan oleh pakar-pakar video BKK dengan persembahan mencuit hati membawa tema ketagihan saya; Teh Tarik Madu Beng Pok Mat sebagai penyeri. Hampir terguling aku tergelak..

Video Tayangan,

https://1drv.ms/v/s!Atat8x763H_lgv1aiDHURSo8_BSs-Q

Juga video yang aku sendiri buatkan untuk Majlis di CDPK kerana aku berpandangan adalah sukar di CDPK menyediakan video sedangkan mereka tidak tahu perjalanan hidup dan kerjayaku. Jadi seperti biasa aku memecah tradisi, membuatkan Video Persaraanku sendiri… SYIOK SENDIRI lah tuu..

GAMBAR KENANGAN DAN POTONG KEK

Kenangan terindah.
Jiwa jiwang yang menguntum,
Hati-hati yang menaut,
Luka guris yang dilupakan,
Tinggalah kenangan buat bekalan

HADIAH SECARA PEJABAT DAN PERIBADI

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Kuntuman mekar dek ingatan dari hati nurani..

Ribben of Love

KEJUTAN DI RUMAH

Selepas Majlis aku ke KLCC ambil partner dan terus ke Kajang kerana menjemput balik adik ku yang kurang sihat kerana abangku yang menjaganya akan ke Mekah menunaikan ibadah umrah sekeluarga.

Selepas isyak kami meminta diri pulang dan setiba di rumah pukul 10.00malam satu kejutan menanti..

Ada hadiah Jam Tangan darinya Kekasih Hati dan Scones kiriman dari anakanda yang jauh di perantauan…Buenos Aeres.. Terima Kasih Nana yang sentiasa prihatin..

Love_01

Heart Divider

MAJLIS PERSARAAN ANJURAN CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, JKR MALAYSIA 14 MEI 2018

Setinggi-tinggi Terima kasih kepada Tuan Pengarah CDPK dan Ketua-Ketua Bhg yang telah bermurah hati menganjurkan Majlis Meraikan Saya sebagai PESARA Kerajaan semalam.

Terima kasih kepada Bhg Sekretariat terutama Ir Suhaili Mansor yang menguruskan Majlis, bacaan doa oleh Ust. Ir Ezry Al-Jazary dan BTM yang setup LCD dan screen untuk tayangan Video Persaraan. Video bikinan pesara sendiri

smiley_laugh_1

Sesungguhnya Majlis berkenaan amatlah dihargai. Ucapan tuan Pengarah yang meletakkan saya yang kerdil ini di tempat tinggi dalam perkhidmatan yang telah diberi. Thousand thanks is not enough to show appreciation to that acknowledgement.

Sebagai seorang pegawai Kerajaan, persaraan adalah suatu lumrah yang semua bakal-bakal perlu bersedia. Dan saya sendiri telah Bersedia untuk itu. Tetapi saya amat cemburu dengan rakan se Tingkat 30 Hashim Buyu yang berjaya menurunkan BP di bawah 115 secara konsisten bila bersara. A tough act to follow my friend.

HO home

20180513 Kad Pesara

Terima kasih kepada BPSM terutama Pn Norazian yang berusaha sehingga saya sudah memperolehi KAD PESARA 1 minggu sebelum Tarikh Persaraan. Di surat yang dikirim bersama terdapat catatan yang bakal diterima sebagai pesara…hrmmm..agak segar jugak!! Jumpa di bank saja katanya..

VIDEO PERSARAAN

https://1drv.ms/v/s!Atat8x763H_lgv1bCnI4WTFMaKl1sQ

SAJAK PESARA JKR

Bila sampai waktuku,
Aku mahu tak seorang pun kan merayu,
Tidak sesiapa jua,
Tidak perlu lanjutkan tempuhku,

Aku ini pesara JKR,
Telah lebih sepertiga abad berjasa,
Menabur bakti pada Negara,
Segala masaalah ku bawa pergi,
Hingga hilang pedih peri,

Dan aku langsung tidak peduli,
Akan segala cacian dan hinaan,
Khidmatku menjawab semuanya,
Hingga kau malu persoalkan lagi,

Dan aku ingin JKR terus berbakti,
Untuk seribu tahun lagi.

3 thoughts on “AKU KINI SEORANG PESARA

Add yours

  1. Persaraan itu satu Miestone, satu penanda ukur tentang pencapaian selama berkhidmat dan satu batu tenggek untuk merenung masa di hadapan yang terluang untuk apa akan diisikan bagi menghabiskan sisa baki kehidupan dan mencari keredhaanNya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: