PERCUTIAN KELUARGA CAMERON HIGHLANDS 5hb DIS 2017

MENCARI SUNRISE MT BRINCHANG

Pagi ini sudah tidak terasa sakit punggung akibat terjatuh 2hari lepas. Selepas subuh kami berdua (Mama Chu masih tidak sanggup tinggal selimut) membuat keputusan untuk naik ke Gunung Brinchang setakat Mossy Forest untuk melihat matahari naik dan suasana pagi kawasan pergunungan. Hari ini sejuknya agak terasa lebih dari 3 hari yang lepas.

Suasana pagi kawasan pergunungan dengan cerun-cerun dipenuhi pokok teh yang menghijau dan berpetak-petak tampak begitu menyegarkan.

Bila kami sampai di tempat look point pertama, beberapa orang Mat Saleh dan Singaporean sudah mendahului kami. Grup pelancong ini menggunakan pemandu pelancong dengan menaiki Land Rover yang memang dibina lasak untuk tempat-tempat sebegini. Kami melasakkan Inspira..

Jalan untuk naik ke Gunung Brinchang sangat teruk di sesetengah tempat dan terpaksa berhati-hati semasa melaluinya kerana lubang-lubang dan lurah yang dalam.

Kami meneruskan perjalanan sambil berhenti bergambar di tempat-tempat yang agak scenic. In masih lagi selsema dengan mata yang berair tetapi tetap menggagahi menemani ku menikmati suasana pagi. My Partner for Life.

Perjalanan kami terhenti sebelum sampai ke Mossy Forest oleh satu papantanda menyatakan jalan di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kami lihat Land Rover membawa pelancong tadi parkir di tepi jalan berdekatan dengan papantanda tersebut. Rupa-rupanya grup Mat Salleh tadi berjalan kaki dari situ ke Mossy Forest. Terpaksalah kami berpatah balik dari situ.

Kami sampai di Hotel lebih kurang pukul 9.00pagi. Adik sudah siap mandi. Perancangan adalah untuk ke Taman Sedia semula untuk makan pagi dan menghabiskan masa sebelum check-out di Andora, satu kawasan baru di antara jalan masuk ke Boh Sg Palas dan Hotel Copthorne, Brinchang.

GALERI 3D ANDORA

Selepas breakfast kami terus ke Andora untuk pengalaman 3D. Masa tu sudah pukul 10.00pg. Tiket berharga Rm20 seorang dewasa. Masa mula masuk nampak gelap dan ada pengunjung lebih awal menggunakan lampu handphone untuk bergambar. Kami rasa amat kecewa kerana tiket sudah beli. Pengalaman 3D di Lukut amat menyeronokkan. 15 minit kemudian barulah lampu dipasang. Barulah kelihatan macam 3D gallery Lukut.

Oleh kerana cuma tinggal kami bertiga sahaja, maka terpaksalah guna model yang sama. Kalau lebih ramai, rasanya tentulah lebih menyeronokkan melakon watak-watak di setiap tempat.

Dari satu lukisan ke satu lukisan berposinglah kami termasuk di kawasan Istana Maharaja China dan di Red Carpet dengan paparazzi berebut mengambil foto. Starlah kononnya.

Dari Red Carpet ke dalam mulut Lion King, masuk dalam belon dan berkayuh sampan di Bandar Venice. Semua itu dengan tiket RM20. Mana nak dapat ya?? Kahkahkah…

Dari situ terbang ke zaman Firaun di Mesir dan naik karpet terbang. Wah seronoknya..

Kami keluar dalam pukul 11.20pg. Sempatlah juga meninjau dan shopping sedikit sebelum balik ke Hotel untuk Check-out. Aku sempat membeli madu tualang raw unprocessed dengan harga RM100 untuk dua botol, down daripada harga tertulis RM130. Ummilah pandai bab tawar menawar ni..

TAMAN SEDIA

Ummi terpaku dengan satu kawasan Homestay berdekatan dengan tempat makan pagi tadi kerana dipenuhi bunga-bunga dan persekitaran yang cantik. Ianya bernama Tiny Boutique Habitat. En Abdul Rahman Hussain. 016 215 3244 in case berminat lain kali.

Bunga-bunga di kawasan Homestay

TEA AND SCONES

Pekena dulu scones di sini yang rasanya setakat ni terbaik di Cameron Highlands. krimnya fluffy dan tidak manis, strawberi dari kebun sendiri, fresh dan sedap sekali. Sconenya just right. Sayang sekali tiada teh susu ori CHglds. Kata tuan kedai, tak cukup tangan nak buat. Kenalah berpuas hati dengan Teh O berperisa.

LATA ISKANDAR

Selepas pekena scones, kami pun memulakan perjalanan pulang turun melalui Tapah. Kali ini kami melepasi sahaja 2 Bharat Tea House selepas Tanah Rata kerana baru sahaja makan scones dan minum teh. Tetiba di sini hampir pukul 3.00ptg kami singgah dulu di kedai makan buat mengisi perut.

Adik pening kerana tadi perjalanan berliku-liku hampir satu jam dan tidak meminta apa-apa makanan. Untuk menghilangkan penat sambil melihat keindahan, kami ke kawasan air terjun sementara meneruskan perjalanan.

Dalam pukul 3.30 petang, kami meneruskan perjalanan melalui Tapah. Singgah di R&R Tapah untuk solat dan beli buah-buahan. Adik ambik turn memandu dari situ hinggalah sampai ke rumah di Selayang. Kami sampai dalam pukul 6.30petang. Berakhirlah satu percutian keluarga.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: