PERCUTIAN KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS 4hb DIS 2017

4hb Disember

Eti dan Mazrul sudah balik KL semalam.

Pada mulanya plan nak makan pagi di Taman Sedia dan kemudian naik ke Boh Tea House Sg Palas. Perancangan berubah untuk terus naik ke Boh Tea House. Kak Long datang ambik dalam pukul 9.15pg.

Hannah gagah berjalan dari bawah sampai ke atas.. of course berpimpim dengan Mama Chu dan abahnya.

Boh Tea House, Sg Palas

Ingatkan tadi ada nasi lemak kat sini. Rupanya sudah habis. Jadi kenalah berpuas hati dengan sardine puff dan sejenis dengannya bersama teh highland original. Haziq kata tidak puas hati dan tak qualify untuk breakfast. Harganya macam order di hotel, sardine puff Rm9. Agaknya nasi lemak berapa harganya….

Apapun make the best of it dan enjoy the place. Memang menarik pun tempat ni. Sesuai untuk bawa family dan kami tidak miss walaupun sudah beberapa kali datang ke sini.

LAVENDER HOUSE

Turun dari Boh Tea House kami ke Lavender House di Tringkap menghala ke Blue Valley.

Bayaran Rm10 seorang untuk masuk ke taman bunga-bungaan ini amatlah berbaloi. Ianya ibarat pesta mata yang kenyang dijamu di sepanjang laluan.

Banyak pemandangan menarik di sini.

Di sebelah atas ada tempat berehat dan untuk makan makanan ringan dan minum. Ummi berhenti rehat. Hannah sudah lelap dalam strawlernya.

Bunga-bungaan memanggil untuk difotokan dengan Note8 menggunakan fasiliti Live Focus dan hasilnya cukup memuaskan hati.

Sessi fotografi diteruskan. Model-model abah mengayakan pelbagai pose. Terdapat juga satu tempat berhampiran tanggga naik ke platform paling atas di mana terdapat patung-patung manusia kerdil dalam Snow White. Ia menjadi favorite spot bergambar dan kami terpaksa menunggu queue..

Selepas ini, jalannya menurun tapi masih melalui kawasan yang menarik. Hannah sudah bangun kembali.


Tibalah masanya untuk makan tengah hari. Keletihan dan kelaparan sudah memalu gendang perang. Oleh kerana sudah lewat, melebihi 1.30tgh. Kak Long check-out dahulu selepas tinggalkan kami di Food Court lama di tengah Pekan Brinchang.

Lega dapat makan nasi at last. Barulah terasa penuh dan puas dalam perut. Kak Long kena charge Rm20 kerana late check-out. Hannah kemaruk Strawberry (‘eyiee) dan khabarnya semalam ketika mereka ke Pasar Malam selepas dinner bersama, strawberry sudah sold-out dan Hannah asyik menyebut nak ‘eyiee. Harini bila nampak ‘patung’ strawberry kat food court dia terus pegi peluk dan lakon macam-macam 🙂 🙂 🙂 Sebelum bertolak balik KL, mereka singgah dulu kat Hotel Iris kami untuk solat dan membersihkan badan.

Tinggallah kami bertiga meneruskan percutian…. Masih in the family.. Petang tu sekali lagi ke Pasar Malam Tanah Rata. Aku kemaruk goreng kulat. Beli dan makan kat situ jugak. Memang best rangup. Pelbagai jenis kulat dibuat gorengan. Aku suka kulat yang kecik. Goreng sayur pun ada. Mana ada kat bawah gorengan sebegini…

Dinner kami adalah makanan bungkus dari pasar malam. Kak Long ada recommend satu kedai kat pekan Brinchang, makanan panas Thai juga. Tapi bertiga ni rasanya dinner bungkus termasuk maggi hot cup pun memadai.

End of Day 3

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: