PERCUTIAN KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS 3 DIS 2017

3 DIS 2017

Bangun pagi-pagi di Iris Hotel dan bersedia untuk keluar bergambar, mengejar sunrise yang sudah agak tinggi. Hanya kami berdua sahaja. Chubok masih mahu tarik selimut dan enggan keluar. Cahaya pagi berubah sedikit demi sedikit dan ia boleh dilihat pada pencahayaan hotel di seberang jalan.

KE COPTHORNE

In mengajak aku keluar ke kawasan Copthorne di mana kami pernah menikmati sunrise dahulu. Kami berdua sahaja. Cuaca sejuk tapi tak lah terlalu sejuk. Banyak perubahan telah berlaku di sana. Kawasan tempat kami bergambar dahulu tampak tidak terjaga dengan rumput panjang dan tidak kemas. Sempatlah juga beberapa shot.

Di sinilah berlaku sedikit musibah. Sebelum menaiki kereta semula, In mengajak aku turun ke kawasan apartment di bawah. View kurang menarik. Walaubagaimanapun ketika naik semula (keadaan jalan bercerun dan berlumut) aku ternampak bunga-bunga yang agak menarik. Sambil mengambil shot itulah aku tergelincir dan terus jatuh gedebab terhempap di atas papan punggung. Tak bangun jugak dibuatnya. In terpaksa bantu untuk aku bangun semula. Sakit dan ‘mengetok‘ pada pinggang terpaksa ku tahan.

Kenalah In pandu untuk balik semula ke Hotel. Selepas mandi-manda dan ambik Adik kemi keluar breakfast di Taman Sedia. Nampak juga kereta Angah di kawasan Homestay di sana. Breakfast di Restoran Gading Taman Sedia. Adalah terlalu awal untuk Tea and scone di YZ Strawberry Farm yang enak tu. Sambal nasi lemaknya sedap. Angah, Mazrul dan Alisha join kami di sana.

BHARAT TEA HOUSE NO.2

Tengah harinya kami 3 keluarga bersama untuk Tea and scones semula di Bharat Tea House No.2. Ia adalah berdekatan dengan Bharat No.1 dan dengan ladang teh yang sama untuk pandangan mata. Yang No.2 ni adalah lebih dekat dengan Pekan Tanah Rata.

Dari situ In masih teringat kepada rumah ala Switzerland semasa kami dalam perjalanan ke Brinchang semalam. Kami pun ke sana dengan menumpang kereta Kak Long. Memang cantik dan cosy setup rumah tersebut.

Hannah pimpin Tok Bah yang sakit belakang

PASAR MALAM TANAH RATA

Pasar Malam adalah satu dari attraction Cameron Highlands. Pada harini kami sudah dapat masuk ke dalam hingga ke kawasan Pasar malam. Semalam ianya terlalu sesak dan kereta terpaksa parkir di luar kawasan dan terpaksa berjalan jauh untuk masuk ke dalam.

MAKAN MALAM

Makan malam di tengah-tengah bandar Brinchang, kedai Tom Yam dan masakan seafood. Tempat duduk agak terselit dan terpaksa minta Mak Chik di depan bangun untuk masuk keluar. Kak Long dan keluarga datang lewat sedikit. Kami tempah dahulu. Sorry tak ada gambar nak tunjuk suasana makan malam.

171203n 89 CHglds Iris View_resize

BALIK HOTEL

Selepas makan, kami balik ke Hotel semula. Kak Long tidak puas hati tidak ke Pasar Malam. Jadi dia, Haziq dan Hannah ke Pasar Malam kerana esoknya (4hb) dia dah kena keluar untuk balik ke KL. Kami masih ada satu malam lagi di Cameron Highlands.

Nak tidur, In kena sapu losyen Tiger yang dibawa. Adik pula tampal plaster Hot Patch. Itupun masih sakit. Bila nak berbalik, terasa kejang dan sakit dalam urat punggung. Tengah malam selepas berbalik dengan menahan rasa sakitnya, terasa macam terhenjut dan berdetap urat yang sakit tu.

Esoknya alhamdulillah, rasa boleh tahan dan setuju untuk ke Boh Tea House di Sg Palas yang terpaksa berjalan menaiki tangga sampai ke atas.

Cup of LoveTerima kasih Dik. Terima kasih Ummi.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: