PERCUTIAN KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS 2 DIS 2017

PEMBUKA CERITA

Alhamdulillah aku @ Tok Bah menerima jemputan kenduri dari sahabat-sahabat lama ketika pernah satu ketika dahulu berkhidmat di JKR Lipis, Pahang. Mereka adalah anak-anak buah ku dahulu yang terasa begitu rapat. Jadi walaupun terpaksa ke Kuala Lipis pada hujung minggu, 2hb Dis 2017 untuk tujuan tersebut aku tidak merasai keberatan.

Minggu hadapannya pula; 9 & 10hb (Sabtu dan Ahad) adalah kenduri anak saudaraku Omer di Paroi Negri Sembilan, sedangkan anak bongsuku Anja-anja Nur Izzah Hidayah @ Adik or Chubok sudah perlu balik semula ke Pusat Matrikulasi Gopeng untuk menyambung pelajaran ke Semester seterusnya. Terfikir bahawa sudah tiada masa untuk meraikan bersama secara family. Oleh itu aku membuat keputusan segera untuk menyambung perjalanan dari Kuala Lipis ke Cameron Highlands dan berharap anak-anakku yang lain boleh menyertai kami. Hotel ku tempah siap untuk 3 orang se bilik; Iris Hotel. Alhamdulillah Kak Long dan Angah dapat menyertai bersama walaupun secara berasingan.

Jadi pada 2hb Dis 2017, 8.30pg Inspiraku pun meluncur keluar. Abe @Fadhil hanya dapat bersama ke kedai 31 Kueh di Taman Sri Gombak. Tak apalah. Walaupun belum tidur lagi kerana dia bekerja sebelah malam sebagai Jurutera Pembinaan yang mengawal kerja turapan semula MEX Highway, dia masih mahu meraikan makan pagi bersama sebelum kami bertolak ke Cameron Highlands melalui Kuala Lipis – Sg Koyan – Ringlets – Brinchang.Route to CHglds

KENDURI KAHWIN DI KUALA LIPIS

En. Yahya Taib

Kami bertiga dalam satu kereta melalui Jalan FT08 satelah keluar dari Karak Highway melalui Bentong dan Raub. Cuaca redup dan nyaman di sepanjang perjalanan. Aku memandu tanpa berkejar dan ianya lebih seronok walaupun perjalanan mengambil masa 2 jam setengah untuk tiba ke Dewan SK Penjom pada pukul 11.30pg. Di sini adalah kenduri menyambut menantu oleh En Yahya Taib atau dipanggil Mandor oleh CC Mat Awang semasa di JKR Lipis. En. Yahya sangat meraikan kami, asyik tinggalkan tempat menyambut tetamu untuk membawa pelbagai makanan termasuk ais krim dan cendul. Menu adalah jenis masakan kampung. Sungguh enak sekali. Tak puas merasai masakan kampung Pahang.

Di sini kami sempat berjumpa dan bersembang dengan En. Ghaffar, Juruteknik Kanan Unit Kerja Tentera. Isteriku lebih mengenalinya sebagai trainer mainan Selipar Gajah untuk Hari Sukan JKR Lipis suatu ketika dahulu. Suaranya yang lantang ala-ala tentera melatih mereka meninggalkan kesan yang lama di hati dan pengalaman untuk dibawa ke akhir hayat. Selepas pengantin tiba, kami segera beredar untuk ke kenduri yang satu lagi; Acek Roslan Abdullah di Dewan Jubili Perak Kuala Lipis.

171202n 13 Kenduri Acek KLipis_resizeKENDURI ACEK

Acek dahulunya adalah seorang Juruteknik ketua geng EMPO (Earth Moving Plant Operators) yang banyak menyumbang kepada keberkesanan peranan JKR Lipis di sana. Ini adalah walimah anak perempuannya; anak kedua. Dia meminta anak sulongnya membawa kami ke meja hadapan.

Bila kami hampir sampai ke meja makan yang ditunjukkan kedengaran suara menyebut namaku dengan tepat sebagai bekas JD Lipis dan mengalu-alukan kami ke meja makan. Terharu aku sambil mengintai sekeliling dan terpandang satu susuk badan kurus dan fesyen rambut Jamal Abdillah di zaman dahulu. Terus aku kenal dia walaupun namanya terpaksa aku bertanya kepada seorang lagi bekas kakitangan dahulu yang lebih awal pencen; JT Kanan Razali. Dia adalah En Zainal Ariffin @ Jamal Abdillah JKR Lipis (pohon maaf, jangan marah).

Gambar di atas adalah hasil dari shot yang diambilnya. Terima kasih En Zainal di atas sumbangan gambar dan video di atas semasa Majlis. Kami meninggalkan Majlis lebih kurang pukul 2.30pm.

PERJALANAN DITERUSKAN

171202n 15 Masjid Sg Koyan_resizePerjalanan diteruskan sehingga Sg.Koyan di mana kami berhenti rehat untuk solat. Cuaca yang sungguh baik hari ini berterusan. Jumpa dengan bekas TA JKR Lipis dahulu yang lebih dikenali sebagai TA Rahman. Sekarang beliau bertugas di Bhg Teknologi Maklumat JKR Malaysia. Dia pun dalam perjalanan ke Cameron Highlands untuk satu lagi kenduri. Dia pernah bertugas di JKR CH.

Laluan dari Sg.Koyan ke Ringlets FT102 tenang dan tidak berapa mendaki sepertimana laluan FT185 Kuala Betis – Lojing – Cameron Highlands. Tiada masaalah di sepanjang perjalanan kecuali ada satu tempat di mana jalan telah mendap dengan serius dan kami terpaksa berhati-hati melaluinya.

ANYTIME IS TEA TIME

Di antara Ringlets ke Tanah Rata terdapat Tea House di mana pelancong boleh merasai teh Cameron Highlands yang ori. Tidak sah kalau tidak singgah di Tea House ni. Favorite saya adalah Tea and Scones.

Tidak perlu berkejar untuk check-in Hotel di Brinchang. Alami kenikmatan teh dahulu. Cuaca yang sejuk dan pemandangan Ladang Teh Bharat sambil merasai kenikmatan Tea and scones adalah pengalaman unik di Cameron Highlands.

HOTEL

Perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang adalah agak sesak kerana cuti minggu pada ketika cuti sekolah. Apapun kami sampai lebih kurang pukul 5.00pm.

Bilik kami di tingkat 4 Iris Hotel. Bilik tanpa pendingin hawa mahupun kipas. Terpaksalah buka pintu dan tingkap walaupun masa tidur dan kedengaanlah bunyi trafik dan kekadang hiruk pikuk di bawah. Apapun Hotel sudah ditempat untuk tiga malam. Redha sajalah.

KAK LONG DAN ANGAH

Kak Long dan Angah tinggal di Hotel yang berlainan. Kak Long dan keluarga di hotel di Brinchang sedangkan Angah dan keluarga di Taman Sedia, Tanah Rata. Masing-masing sudah check-in.

Dari Iris Hotel ke tempat Kak Long adalah dalam walking distance jadi kami membuat keputusan untuk jalan kaki ke sana sebelum makan malam Steambot yang sudah ditempah oleh Angah.

Malam itu kami dapat bersama untuk makan malam. Itulah Cameron Highlands; jalan, makan, ambik gambar, jalan lagi dan makan lagi. Cuaca yang sejuk membuatkan selera makan bertambah-tambah. Aku jadi kemaruk kepada Gorengan Kulat di pasar malam. Sungguh enak sekali. Tidak kedapatan di bawah.

GOOD NIGHT

2 thoughts on “PERCUTIAN KELUARGA DI CAMERON HIGHLANDS 2 DIS 2017

Add yours

  1. Terharunya saya apabila nama saya yg kerdil ini disebut walalu pn ada sedikit kesilapan pada nama ,(Zainal Ariffin) nama sebenar.. di sanjungi oleh tuan yg merupakan seorang mantan Bos saya semasa di JKR LIPIS.
    Bangga dan ucapan terima kasih diatas kesudian tuan dan keluarga sanggup memenuhi setiap undangan walau pn beribu batu jauhnya…
    Harapan saya tuan dan keluarga sentiasa berada didalam rahmat allah..
    SEMOGA PERTEMUAN INI ADALAH SEBUAH PERTEMUAN YANG DIBERKATI…PERPISAHAN ITU ADALAH PERPISAHAN YANG DI RAHMATI..
    Terima kasih Tuan Haji Mohd Razali Derahman dan keluarga

    1. Maaf Nal.. Akan diperbetulkan. Tiada yang kerdil di JKR Lipis. Semuanya hebat dan power belaka, menyumbang dalam kapasiti masing-masing. Kerjassama sungguh mantap. Terlalu banyak kenangan manis di sana. Tidak dapat diulang walaupun bekerja di serata tempat selepas itu. Terima kasih Nal, menjadi sebahagian dari album kenangan saya..

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: