Mengapa guna Perkataan anjing-anjingMu dalam doa untuk Palestin?

Saban hari di corong-corong radio mahupun TV kedengaran doa untuk Palestin yang menggunakan perkataan 'Hantarkan kepada mereka Anjing-AnjingMu'... Anak bongsu saya yang sudah grad pun tanya 'Apa itu anjing-anjing Allah? Siapa Allah dan Siapa Kita? Benarlah bahawa Allah berkuasa di atas segala sesuatu dan mampu membantu menggunakan mana-mana makhluqNya atau hukum alam sepert gempa-bumi, halilintar... Continue Reading →

UMRAH ANDALUSIA 11 MAC BHG 3

TAWAF-SA'IKami sampai dalam pukul 11.30pg dan ustaz meminta kami makan dahulu dan bersedia untuk Tawaf-Sa'i Umrah selepas zohor. Memang kawasan Dataran Luar jammed dan halangan diletakkan di sana-sini untuk mengawal keadaan. Laluan ke Dataran Kaabah ditutup. Kerja Pembersihan Ustaz memberikan pilihan samada kami ingin melaksanakan umrah secara sendirian ataupun mengikutinya sepertimana Umrah Pertama. Aku dan... Continue Reading →

SAMBUNGAN UMRAH ANDALUSIA 11 MAC Bhg 2

HARI KE EMPAT. Dalam perjalanan balik ke Hotel Rawda, Mutawwif Ammar kita telah menunjukkan satu sisi peribadinya yang agak kelakar. Beliau menyatakan bahawa esoknya kami akan bertolak ke Makkah untuk Umrah Pertama. Kelakar Ustaz. Katanya jemaah wanita masih sempat lagi shopping abaya pada petang nanti. Jangan risau katanya sebab AbamBayar. Dia juga menceritakan kekagumannya terhadap... Continue Reading →

UMRAH ANDALUSIA 11 MAC 2023

PENDAHULUAN33 Tahun sudah berlalu sejak aku dan isteri ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Tahun itu adalah Tahun 1990 bilamana Trajedi Muassem berlaku, mengorbankan banyak nyawa muslimin dan muslimat yang bertembung di dalam terowong pejalan kaki. Sifat tak sabar jemaah dari dua hala bertentangan yang terus menekan-tolak jemaah di hadapan menyebabkan jemaah-jemaah di hujung pertembungan... Continue Reading →

KUARANTIN COVID19

18hb Nov 2021. Hari ini adalah Hari ke 5 aku dan isteri menjalani Kuarantin di Bilik akibat +ve COVID19 dan Hari ke 10 menjalani kuarantin akibat Close Contact dengan pesakit sah COVID19, iaitu; anakanda sendiri yang tidak tahu di mana di jangkitinya. MULA DIKESAN 14 NOV Tarikh merah ini mula terkesan pada 14 Nov apabila... Continue Reading →

PANTAI NUSUK

INTRO DAN LOKASI Selepas selesai menghantar menantu ke Lapangan Terbang hari ini, 2 Okr 2021 kami cuba mencari satu pantai baru yang diceritakan oleh anak saudara minggu lepas; Pantai Nusuk. Namanya adalah kerana kedudukanya yang tersorok. Nusuk itu adalah tersorok dalam dailek Kelantan. Mengikut pandu arah anak saudara, kami menuju arah ke Pantai Dasar Sabak... Continue Reading →

MAKAN TENGAH HARI DI SINGGORA HOMESTAY

TERIMA KASIH KAK LONG Semalam merupakan satu pengalaman makan tengah hari ala kampong ulu, ya, kampong yang benar-benar kampong. Makanannya memang unik dan menyelerakan... well cekali cekala bolehlah 😅😅😅. Settingnya ada hampir sama dengan Castella Cafe di Grik. Yang bezanya di Castella boleh makan di atas meja buluh di dalam sungai dengan makanan kampong Perak.... Continue Reading →

Jalan-jalan PKP

Jeti Pasar Terapung Pengkalan Datu CUCU Akhir-akhir ini cucu lelaki ni selalu buat fe'el meminta perhatian sedangkan kedua ibu-bapa sibuk dengan tugasan rasmi online. Masa dengan kami sedikit masa dahulu tidaklah nampak macam perlukan perhatian sangat. Pandai bawa diri, buat lawak dengan mimik muka yang menjentik kasih Nekwa-Tokbah. Selepas abahnya ada bersama, nampaknya dia makin... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑